Pihak berkuasa China memberkas seorang dalang sindiket vaksin palsu di China yang meraih sekitar $2.8 juta ataupun sekitar RM11.51 juta.
Lelaki tersebut bernama Kong Mou telah menjual vaksin C0 VID palsu. Di mana ianya hanyalah saline solution (ubat titis kat mata tu) yang dicampur dengan air mineral.
Sehingga dia tertangkap, Kong Mou telah menjual lebih daripada 58,000 vaksin dengan jarum suntikan palsu tersebut.
Kong ditahan pada 25 Disember tahun lalu. Kong telah mempengaruhi pembeli dengan menyatakan bahawa dia mendapat vaksin itu daripada orang dalam. Dan dia meminta mereka yang mendapat vaksin itu menutup mulut kerana takut diketahui kerajaan.
Kong juga memperdaya orang ramai dengan menyatakan bahawa vaksinnya dijual jauh lebih rendah daripada harga asal kerana mahu membantu rakyat marhaen.
Hasilnya dia berjaya mengaut RM11.51 juta daripada penipuan tersebut.
Penahanan ke atas Kong diumumkan hanya pada awal Februari ini. Hal ini kerana pihak berkuasa masih cuba menjejak ramai lagi sindiket vaksin haram tersebut.
Setakat ini dilaporkan sudah kira kira 80 scammer vaksin palsu ini ditahan oleh Kementerian Keselamatan China. Pemerintah berikarar akan mengenakan tindakan paling tegas kepada mereka yang bersalah.
Menurut BBC, vaksin palsu ini turut berjaya dijual di beberapa hospital di China. Dan harganya semakin meningkat kerana permintaan tinggi.
Malah ada permintaan daripada luar negara untuk vaksin palsu ini.
Nearly two dozen reports of fake #CCPVirus #vaccines have recently come out of #China, with some of the counterfeit doses making their way overseas. But some experts say the reports may come with an ulterior motive.https://t.co/c5NfO6Hr28
— NTD News (@news_ntd) February 20, 2021
Di China ramai doktor yang tidak bertauliah. Sangat sukar mengenalpasti mereka ini kerana terlalu ramai.
Terdapat juga doktor kampung yang bergerak dari kampung ke kampung menawarkan vaksin ini. Mereka juga sebenarnya scammmer. Dan mereka menjual lalu menyuntik vaksin palsu ini.
Ledakan teknologi pada hari ini membuatkan urusan menjual vaksin ini menjadi lebih mudah. Di mana ramai yang mempengaruhi rakan rakan mereka percaya dengan vaksin ini.
Scammer juga menghantar tawaran itu menerusi mesej berantai ke telefon pintar mangsa dengan pelbagai cara.
Seperti yang dilaporkan BBC, China pada bulan ini sudah mengeluarkan kenyataan bahawa di negara mereka hanya ada 2 vaksin yang diluluskan kerajaan. Pertamanya vaksin Sinovac dan yang kedua adalah vaksin Sinopharm yang diluluskan lebih awal pada 31 Disember lalu.
China berharap dapat memberikan vaksin kepada 100 juta rakyatnya menjelang Tahun Baru China yang lalu. Namun malangnya, mereka cuma mampu memvaksinkan 40 juta sahaja.