Konsortium Arab Saudi Bida Pemilikan Everton Dengan Nilai £400 Juta

Sebuah konsortium kaya raya dari Arab Saudi membuat bidaan untuk membeli Everton – perkara itu disahkan sendiri oleh RTM cawangan England iaitu BBC pada sebentar tadi.

Konsortium pelabur antarabangsa, yang melibatkan ahli keluarga diraja Saudi, telah membuat tawaran £400 juta untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris yang berjiran dengan Liverpool FC itu.

Farhad Moshiri bersetuju untuk menjual 94% kepentingannya kepada 777 Partners pada bulan September, tetapi firma pelaburan itu tidak dapat menyelesaikan perjanjian itu dalam tempoh masa ditetapkan, membuka jalan kepada orang lain untuk membuat bidaan pengambilalihan.

Ahli perniagaan tempatan Andy Bell dan George Downing, serta MSP Sports Capital – yang telah meminjamkan Toffees sekitar £158m – juga sedang bertanding untuk tempoh eksklusif selepas membuat bidaan mereka bagi memiliki kelab itu.

Ahli perniagaan dan peguam yang berpangkalan di London, Vatche Manoukian mengetuai bidaan bersama seorang diraja dan keluarga Saudi yang tidak disebutkan namanya yang mempunyai nilai kekayaan bersih sangat tinggi dari Amerika Syarikat.

Manoukian dan konsortiumnya telah mencadangkan tawaran semua ekuiti yang tidak akan mengambil hutang tambahan [pinjaman bank] dan mahu mewujudkan strategi jangka panjang yang mampan.

Mereka melihat Everton sebagai “gergasi tidur” bola sepak Inggeris yang berpotensi untuk mendapatkan tempat mereka “di puncak bola sepak dunia semula” melalui stadium baharu yang dibina di Bramley-Moore Dock.

Everton juga memiliki penyokong fanatik yang ramai di sekitar Merseyside atau bandar Liverpool. Selain itu derbi Merseyside juga antar derbi yang memiliki nilai publisiti yang tinggi.

Manoukian, 45, adalah rakan kongsi di firma pelaburan teknologi IMS Digital Ventures dan disokong oleh keluarga Myer Australia.

Pemilik Roma Dan Friedkin, Michael Dell dari Dell Technologies dan Kenneth King firma pelaburan A-Cap difahamkan juga berminat.

Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, yang melantik Putera Mahkota negara Mohammed bin Salman sebagai pengerusi, menyelesaikan pengambilalihan £305m ke atas Newcastle pada Oktober 2021.

Berita tentang minat daripada timur tengah ke atas Everton itu disambut baik peminat mereka yang berharap kelab itu akhirnya dijual kepada konsortium yang benar benar serius mahu melabur untuk menang.