Jika suatu masa dahulu kalau kita membuka “youtube” susah kita nak jumpa cerita pendek atau filem pendek untuk di tonton. Kalau ada pon cerita pendek hanya disunting dari drama dan filem sahaja.
Tapi sejak kebelakangan ini kita boleh lihat banyak video pendek di muat naik oleh para “youtubers”. Pelbagai konten yang di pilih oleh mereka.
Genre seram, komedi, cinta, kekeluargaan dan pelbagai lagi konten yang boleh kita pilih untuk ditonton.
Kalau di malaysia kita pernah lihat Zukiee yang berjaya menambat hati penonton dengan video pendeknya yang berunsur komedi.
Kemudian banyak lagi “youtubers” yang muncul menggunakan content yang lebih kurang sama. Zukiee kemudian membawa masuk beberapa watak yang sering berlakon di dalam drama pendek nya seperti oyot,Pak Duan,Rahman(bangla) dan beberapa lagi watak-watak yang membawa watak komedi dalam drama pendeknya.
Kemudian muncul pula Syahmi Sazli yang sebelom itu sering mengeluarkan video pendek yang berkait cinta dan kebiasaannya mempromosikan portal mencari jodoh Till Jannah.
Syahmi membawa asif untuk berlakon dalam drama spontan dibawah arahan beliau.
Asif menjadi fenomena bersama yoe parey, Wani dan sai. Konten yang syahmi bawa benar di luar kotak pemikiran kita.
Syahmi menggunakan kelemahan Asif dan Yoe parey menjadikan ia sebagai kekuatan mereka.
“Next level” punya tahap pelakon boleh berborak dengan pengarah ketika sedang berlakon. Dan lawak macam tu sememangnya di terima masyarakat kita.
Selain Zukiee dan Syahmi ramai lagi yang membawa konten sama seperti kokom dan shafiq ahmad.
Ada juga yang membawa konten prank dalam setiap videonya. Ada yang suka buat kajian sosial.
Isa Isarb antara yang sering membuat konten eksperimen sosial ni. Sebagai contoh dia pernah membuktikan kepada para penjudi tegar kalau taksub membeli nombor ni belom tentu boleh kaya.
Dia pergi ke kedai 4D dan membeli nombor ekor RM500 kemudian tiada satu pon nombor yang dia beli tu kena.
https://www.youtube.com/watch?v=dH4MwE6ehpg
Ada juga yang membawa konten seram. Tapi susah nak ulas bab seram ni sebab kebanyakkan video yang mereka buat seperti dilakon kan semula.
Macam sekarang kalau kita tinjau negara jiran kita Indonesia mereka menggila menggunakan konten seram ni untuk di pertonton kepada penonton di sana.
Mereka bijak mencari konten seperti itu sebab masyarakat mereka sangat dekat dengan isu berkait perkara mistik dan seram ni. Sekali mereka buat live berjuta tontonan mereka akan dapat.
Kalau dalam video- video komedi ni kita boleh lihat banyak mereka selit slot iklan untuk product yang menaja mereka. Tapi yang menggunakan genre seram ni jarang ada slot iklan.
Apa yang paling menarik dalam hal video pendek ni kita boleh lihat konten yang dibawa oleh “youtubers” dari Negara China, mereka lebih kepada kemasyarakatan.
Kadang kala rasa macam tak masuk akal kalau tonton video mereka tapi perjalanan cerita pendek mereka buat kita rasa nak tonton sampai habis sebab nak tahu kesudahan cerita.
Mereka membuat cerita tentang golongan atasan menindas golongan bawahan dengan begitu kejam namun orang yang disangka golongan bawahan tu sebenarnya adalah orang atasan mereka.
Kalau tengok yang jenis kemalangan tepi jalan kemudian kedua-dua pihak bertengkar namun satu pihak diherdik dicaci di maki kerana miskin dan merosakkan kenderaan si kaya.
Kemudian “plot twist” mereka membuat panggilan telefon bila sampai orang yang dihubungi ternyata yang disangka miskin itu sebenarnya lagi kaya dari si kaya.
Ada juga sebenarnya kereta yang di sangka si kaya tu punya adalah milik yang disangka miskin.
Kerana fenomena sebegini ramai anak muda yang kini mula berminat untuk menjadi seorang “youtubers”.
Semoga sahaja mereka berjaya dengan bidang yang mereka minati ini kerana mengikut peredaran zaman dunia teknologi ini, pilihan mereka adalah pilihan yang bijak.
Pilih lah konten yang sesuai dan dekat dengan masyarakat. Kurang kan lah memilih konten prank yang kadangkala keterlaluan itu dan membuatkan orang berharap.
Kalau konten prank yang akhirannya melegakan tak apa. Itu fun.
Apa yang pasti youtuber ini semua memerah otak untuk memberikan konten terbaik kepada audien. Semoga korang terus sukses.