KONTOVERSI! Atlet New Zealand Ini Bakal Menjadi Transgender Pertama Bertanding Olimpik Lawan Perempuan Ori

Atlet angkat berat New Zealand, Laurel Hubbard bakal menjadi atlet transgender pertama yang akan beraksi di Olimpik. Jika itu berlaku, ianya bakal menimbulkan kontroversi.

Atlet berusia 43 tahun itu lahir secara biologi sebagai lelaki. Namun memilih untuk menukar jantina pada usianya 30 tahun. Dengan dunia dilanda wabak, Olimpik Tokyo mengenakan beberapa kelonggaran baharu kepada atlet dalam aksi kelayakan termasuk angkat berat.

Hubbard turut bertanding dalam acara lelaki dan diberikan kebenaran bertanding dalam acara wanita kerana tahap testosterone berada di bawah paras yang ditetapkan oleh IOC ataupun nama penuhnya International Olympic Committee.

Dia berhasrat untuk menjadi sebahagian kontinjen New Zealdn dalam Olimpik Tokyo dan bertanding dalam acara wanita + 87kg, sebuah acara di mana dia kini berada di tempat ke-16 di dunia.

Hubbard sudah ada dalam buku sejarah setelah menjadi atlet Sukan Komanwel transgender pertama di Gold Coast pada tahun 2018. Namun dia terpaksa menarik diri setelah mengalami kecederaan siku yang hampir mengakhiri kariernya.

Walaupun pasukan New Zealand masih belum dapat mengesahkan namanya dalam skuad olimpik, para pegawai mengatakan Hubbard kemungkinan akan memenuhi kriteria kelayakan baru yang telah dipermudahkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa kerana pandemik sekarang ini.

“NZOC dapat mengesahkan bahawa sistem kelayakan persekutuan antarabangsa (IF) yang disemak semula cenderung melihat sejumlah atlet angkat berat New Zealand akan mara ke Olimpik, termasuk atlet transgender Sukan Komanwel, Laurel Hubbard, dengan kuota IF untuk Tokyo 2020,” kata Jawatankuasa Olimpik New Zealand.

NZOC sangat menyokong hak Hubbard untuk bertanding sejak beberapa tahun lalu, dan mengatakan semua atlet yang terpilih untuk Tokyo akan mendapat sokongan daripada mereka.

“Pasukan New Zealand mempunyai budaya pengurusan (kepedulian), keterlibatan dan rasa hormat yang kuat untuk semua orang,” katanya.

Tidak semua orang di dunia sukan begitu menyambut dan penampilan Hubbard di temasya itu pasti menimbulkan perhatian media kepada atlet transgender.

Persekutuan Angkat Berat Australia gagal melarangnya dari Gold Coast pada tahun 2018, dengan alasan dia mempunyai kelebihan fizikal berbanding atlet yang menang dilahirkan wanita tanpa mengira tahap testosteron.

“Pada pandangan kami yang penuh rasa hormat [kepada transgender], kriteria semasa dan penerapannya berpotensi untuk mengurangkan minat kepada sukan angkat berat wanita dan menghalang minat atlet yang lahir sebagai wanita daripada mengikuti sukan ini di peringkat elit pada masa akan datang,” katanya.

Hubbard jarang memberikan wawancara tetapi memberitahu Radio New Zealand pada tahun 2017 bahawa dia hanya ingin bersaing dalam sukan yang dia gemari dan menutup mulut pengkritik.

“Saya tidak mahu mengubah dunia. Saya hanya mahu menjadi saya dan melakukan apa yang saya lakukan.”

Ia sudah pasti menjadi kontroversi. Terbaru transgender paling popular di bumi, Caitlyn Jenner sudah menyatakan bahawa dia tidak menyokong atlet transgender lelaki menjadi wanita bersaing dalam sukan acara wanita.

Jenner merupakan bekas atlet dan juara Olimpik. Kerana menurutnya, ia akan mewujudkan persaingan tidak adil kepada atlet yang lahir sebagai wanita secara biologi.

Selain itu Perdana Menteri Samoa, menentang penyertaan Hubbard dalam kategori wanita dengan berkata: “Tak kira macamana pun kita melihat perkara ini, dia tetap seorang jantan.”

Ianya selepas Hubbard menewaskan 2 atlet Samoa yang asli wanita.

Donald Trump Jr meminta agar satu protes dilakukan ke atas Hubbard demi menyelamatkan sukan wanita.

Baca yang lain