Kontroversi Gervinho, Kerana Wang Dari Kelab Kaya Asia?

Terdapat banyak pihak di Arsenal menarik nafas lega apabila Gervinho ditunjukkan jalan keluar oleh kelab ini pada 2013. Pada penghujung kariernya di Arsenal, pemain ini mempunyai masalah dengan Arsene Wenger.

Menurutnya Wenger melayan beliau dengan cara yang tidak sepatutnya.

Gervinho menjaringkan 9 gol untuk Gunners dalam tempoh 2 musim, pemain Ivory Coast ini dianggap gagal di England namun kemudiannya tetap berjaya menarik minat kelab dari China.

Selepas menyertai AS Roma, Gervinho mendedahkan Wenger tidak pernah mempercayainya. Menurutnya lagi pada ketika itu Rudi Garcia -jurulatih Roma- tidak membezakan setiap pemain.

Wenger dikatakan hanya memberi tumpuan kepada pemain utama. Sejak kanak-kanak Arsenal merupakan kelab impian namun tidak menyukai cara Wenger mengendalikannya.

Selepas 3 musim di Roma, Gervinho menyertai kelab China, Hebei China Fortune. Beliau menerima bonus lumayan.

Gervinho ke China kerana menerima gaji 3 kali ganda lebih besar berbanding di Roma

Penghijrahan Gervinho ke Hebei juga mempunyai sedikit kontroversi apabila pemain ini mendesak mahu keluar, tidak kira dengan apa cara sekalipun.

“Gervinho mahu keluar dengan apa cara sekali pun. Dia mahu kesana kerana gaji 3 kali ganda. Saya kata baiklah. -Luciano Spalletti

Ketika di Roma Gervinho menerima gaji mingguan sebanyak £78 ribu, bermakna beliau menerima lebih kurang £200 ribu di Hebei.

Setiap gol yang dijaringkan bernilai £130 ribu manakala untuk setiap penampilan dibayar sebanyak £50 ribu.

Walau bagaimanapun, pemain ini gagal meraih wang yang banyak dari bonus lumayan itu. Gervinho hanya menjaringkan 4 gol sepanjang 3 musim disana malahan hanya muncul 11 kali pada 2 musim terakhir.

Beliau kembali ke eropah menyertai pasukan yang baru mendapat promosi ke Serie A, Parma. Dari kelab yang banyak membelanjakan wang -Hebei- ke kelab yang baru melepasi fasa muflis.

Parma diturukan ke Serie D kerana muflis. Kelab ini kembali ke Serie A dalam tempoh 4 musim, membuat back to back promotion.

Segalanya berjalan lancar pada musim pertama Gervinho di sana namun pada pertengahan musim ke-2, pemain ini sekali lagi terjebak dengan kontroversi.

Kali ini beliau mahu ke liga Qatar menyertai Al-Sadd. Al-Sadd merupakan kelab mewah yang kini dikendalikan oleh Xavi.

Gervinho tidak muncul dalam sesi latihan selama 3 hari. Ia dikatakan respon dari keinginannya mahu keluar dari kelab. Situasinya sama seperti di Roma. Namun di Roma, Spalletti sedikit berlembut dan membenarkannya keluar.

Al Sadd kini dilatih oleh bekas bintang Barcelona, Xavi

Menurut pengarah sukan Parma, Daniele Faggiano kes Gervinho agak kompleks dan tidak pernah dilaluinya sepanjang kariernya. Apa yang dilaporkan oleh media menggambarkan pemain ini mahu keluar.

Gervinho diarahkan berlatih secara bersendirian dan berasingan dengan pasukan utama namun tidak muncul selama 3 hari.

Selepas jendela perpindahan tamat, 2 minggu selepas itu Gervinho tampil memohon maaf kepada kelan rakan sepasukannya. Namun Faggiano menegaskan ia bukan kerana perdamaian tetapi pemain harus menghormati pasukan.

Perpindahan pemain adalah subjek biasa bagi bola sepak. Pemain tidak boleh menunjukkan sifat protes sebegitu dan jika semua pemain tidak turun berlatih, siapa yang akan bermain tambah Faggiano.

Gervinho kembali bersama skuad utama dan Faggiano memberi kuasa kepada jurulatih menentukan pemain ini boleh bermain atau sebaliknya.

Gervinho membuat ‘kepulangan’ dan diturunkan pada perlawanan menentang Sassoulo pada ahad lepas dan menjaringkan gol kemenangan (1-0) hasil hantaran lintang Andreas Cornelius.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.