Korang Boleh Tonton Animasi Studio Ghibli Di Neflix

Studio animasi Jepun yang ternama iaitu Studio Ghibli kini sudah ada platform baharu untuk menayangkan animasi mereka.

Bermula 1 Febuari 2020, terdapat 21 file animasi dari Ghibli akan tersedia untuk pelanggan Netflix. Studiol Ghibli merupakan studio animasi yang pernah memenangi Anugerah Akademi.

Pada Ahad lalu, Netflix mengumumkan hak esklusif mereka untuk menayangkan filem daripada Studio Ghibli.

Namun hak penyiarang ini tidak merangkumi Neflix di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun. Hal ini kerana, di Amerika Syarikat, hak penyiarang animasi Studio Ghibli milik HBO Max.

Katalog dari Studio Ghibl termasuk pemenang Anugerah Akademi, “Spirited Away,” “Princess Mononoke,” “Arrietty,” “My Neighbor Totoro” dan “The Tale of Princess Kaguya,” akan diletakkan sarikata dalam 28 bahasa dan juga alih suara dalam 20 bahasa.

Penerbit Ghibli, Toshio Suzuki berkata: “Kami mendengar kehendak peminat kami. Dan kami mengambil keputusan muktamad ini untuk menstrimkan filem kami menerusi Netflix.”

“Dengan ini, kami berharap semua orang di dunia akan dapat mengenali dunia Studio Ghibli.”

Director of Original Animation di Netflix, Aram Yacoubian berkata: “Ini impian menjadi kenyataan. Kerana Netflix akhirnya berjaya menayangkan filem animasi legenda yang telah menawan hati peminat selama 35 tahun.”

“Kami teruja untuk memastikan filem-filem ini diikuti dalam pelbagai bahasa termasuk Latin, Eropah, Afrika dan Asia. Dengan itu akan lebih ramai menikmati pengalaman menontonnya.”

Jadi, korang boleh semak di Netflix untuk jadual tayangan filem animasi daripaa Studio Ghibli.

Baca yang lain