Pemain muda berdarah Scouser, Curtis Jones semalam telah dipilih sebagai ketua pasukan β ketika aksi Berhadapan Shrewsbury Town pada Piala FA, pusingan keempat.
Perlawanan ulangan di Anfield berlangsung selepas Liverpool diikat oleh Shrewsbury dalam aksi pertama pusingan keempat.
Curtis Jones menggalas tugas yang selama ini dipegang oleh Jordan Henderson, Virgil Van Dijk ataupun James Milner.
Ini pasti menjadi pengalaman yang tak akan dilupakan oleh Curtis Jones.
Jones hanyalah berusia berusia 19 tahun dan 5 hari ketika menjadi kapten Liverpool dalam saingan kompetitif domestik.
Liverpool menurunkan skuad B-23 dengan dikendalikan sepenuhnya oleh Neil Critchley.
Klopp memutuskan untuk memberikan tugasan itu sepenuhnya kepada pasukan pembangunan Liverpool untuk membolehkan para pemain senior berehat.
Ianya selepas para pemain Liverpool sudah lama tak bercuti panjang. Sebelum ini mereka pasukan terakhir menamatkan kempen musim lalu.
Dan kemudian memulakan kempen awal dalam aksi Piala Perisai Komuniti.
Liverpool seterusnya beraksi dalam Piala Super Eropah. Menjelang Krismas, Liverpool mempersiapkan diri untuk aksi Piala Dunia kelab.
Skuad muda The Reds berjaya mengatasi Shrewsbury dengan kemenangan 1-0 dalam aksi yang dominan.
Gol kemenangan The Reds Adalah hasil daripada jaringan sendiri oleh Ro-Shaun Williams selepas beliau cuba menghadang hantaran Neco Williams.
Liverpool ternyata menjadi pasukan lebih baik daripada Shrewsbury. Lebih aktif menyerang dan mencipta peluang gol.
Pecah rekod
Curtis Jones telah menjadi kapten termuda di dalam sejarah pasukan Liverpool. Beliau memecahkan rekod yang dipegang oleh Alex Raisbeck sekitar 120 tahun yang lalu.
Raisbeck menjadi kapten Liverpool ketija menang 3-1 atas Blackburn Rovers di Anfield tahun 1900. Ketika itu beliau berusia 20 tahun dan 250 hari.
Curtis Jones pula baru berusia 19 tahun dan lima hari ketika menggalas tugasan sebagai kapten Liverpool.
Beliau sebelum ini menjadi pemain yang menyingkirkan pasukan Everton daripada saingan Piala FA dengan gol cantik.
Unbelievable feeling and dream come true to make history by being the youngest ever @liverpoolfc captain. What a win and what a performance by the whole teamπ₯!!! Next roundβ¦..ππ pic.twitter.com/TmwtljKZ3P
β Curtis Jones (@curtisjr_10) February 4, 2020
Ketika itu Liverpool juga menurunkan ramai pemain muda yang digabungkan dengan beberapa pemain senior. Everton pula tampil dengan pasukan full string mereka.
Dalam aksi semalam Jones dilihat sangat matang dalam aksinya bersama dengan rakan rakannya. Begitu juga dengan pemain seperti Harvey Elliot.
Selain Jones, coach Neil Critchley juga telah menurunkan skuad termuda dalam sejarah Liverpool untuk aksi kompetitif. Walaupun disebut pasukan B-23, hakikatnya, Liverpool bermain dengan pemain 21 tahun ke bawah.
Menurut Opta, rata-rata usia pemain Liverpool saat ketika menjamu kunjungan Shrewsbury adalah 19 tahun dan 102 hari.
Memecahkan rekod skuad yang berhadapan dengan pasukan Aston Villa yang purata umur 19 tahun 182 hari.
Kapten Jones berjaya mengemudi kapal Liverpool untuk terus mara ke pusingan kelima.
A special night at Anfield ππ΄ pic.twitter.com/XihQffauIm
β Liverpool FC (@LFC) February 4, 2020
Liverpool akan berhadapan dengan Chelsea dalam aksi 5 Mac akan datang.
Jurgen Klopp akan mengambil alih semula tugasan tersebut.