Korea Utara Klaim Burrito Aslinya Asal Korea Utara Ciptaan Ayah Kim Jong Un

Dalam satu pengklaiman paling pelik yang terbaru di Korea Utara, rakyatnya telah dibrainwashed bahawa burrito asal Korea Utara dan dicipta oleh ayah Kim Jong Un.

Burrito merupakan makanan yang popular dan seluruh dunia tahu bahawa ianya berasal dari Mexico.

Namun di Korea Utara, sejarahnya berbeza. Ianya menjadi makanan kegemaran keluarga Kim Jong Un. Apabila ianya menjadi kegemaran tuan presiden, maka rakyat Korea akan terus menggilainya.

Laporan di Pyongyang menyebut, burrito menjadi makanan yang dianggap sangat cool dan hipster di negara tersebut. Jualan burrito sangat laris seringkali habis dijual.

Menerusi media dan juga sekolah sekolah di Korea Utara, rakyat Korea Utara diajar bahawa Burrito itu aslinya asal Korea Utara.

Satu footage propaganda memamparkan video di mana ayah Kim Jong Un iaitu Kim Jong Il sedang membuat burrito pertama di kilang Kumsong Food. Makanan itu dikatakan adalah inspirasi daripada selera ayah Kim Jong Un. Dan kini menjadi makanan tradisional era moden masyarakat Korea Utara.

Seorang lelaki yang lahir dari keluarga elitis di Korea Utara iaitu Hyun Seung Lee berkata, asal usul burrito memang sudah terpesong sejarahnya di Korea Utara.

“Kebanyakan rakyat Korea Utara tak ada wang untuk membeli makanan luar negara. Jadi kami meniru makanan itu dan membuatnya berdasarkan selera tekak kami.”

Dia menegaskan bahawa burrito di Korea Utara tidak sesedap burrito Mexico yang sebenar. Ini kerana cara memasak dan bahan yang digunakan adalah jauh berbeza untuk mengurangkan kos.

Mujur burrito dibenarkan untuk dimakan oleh rakyat biasa di Korea Utara. Kerana sebelum ini Kim Jong Un sudah mengarahkan jaket kulit diharamkan untuk dipakai rakyat biasa.

Rakyat Korea Utara sememangnya dilarang sama sekali meniru pemakaian tuan presiden tertinggi mereka Kim Jong Un. Ini termasuk gaya rambut.

Dalam peraturan Korea Utara sendiri menyatakan bahawa rakyatnya hanya boleh menggayakan 28 gaya rambut, 18 untuk wanita dan 10 untuk lelaki.

Tetapi lelaki dilarang sama sekali meniru gaya rambut Kim Jong Un. Kerana ia dianggap mencemari imej presiden.

Terbaru, Korea Utara menyenaraikan fesyen jaket kulit sebagai larangan terbaru di negara tersebut.

Ianya selepas Kim Jong Un tahun ini semakin kerap memakai jaket kulit. Ini termasuk ketika majlis pecah tanah projek hospital di Pyongyang pada Mac tahun lalu.

Jaket kulit untuk elitis

Selain itu, Kim Jong Un benar benar gemarkan gaya terbarunya. Kerana dalam sesi temuramah di televisyen baru baru ini, dia turut memakai jaket kulit.

Menurut laporan oleh Radio Free Asia, Kim Jong Un sudah mewartakan undang undang melarang rakyatnya daripada menggunakan jaket kulit.

Larangan tersebut terpakai kepada rakyat biasa. Namun untuk pegawai tertinggi kerajaan yang merupakan orang kanan Kim Jong Un, ada beberapa dari kalangan mereka yang diberikan kebenaran khas.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Radio Free Asia, apabila ada beberapa pegawai kanan Kim Jong Un dilihat memakai jaket kulit ketika upacara perarakan ketenteraan baru baru ini.

Polis ketika ini sedang memantau gaya penampilan rakyat Korea Utara. Dan kalau ada yang memakai jaket kulit, mereka akan ditahan, jaket kulit itu akan dirampas.

Selain itu, kedai kedai pakaian juga dilarang sama sekali menjual jaket kulit lelaki.

Hal ini kerana berlaku satu trend terbaru di Korea Utara, di mana rakyatnya tiba tiba menggemari jaket kulit. Kedai kedai baju kulit mendapat banyak permintaan kerana ramai yang mahu menggayakan fesyen gaya supreme leader mereka.

Kesannya, harga jaket kulit di negara tersebut melonjak naik kepada RM150 sehelai untuk kulit tulen dan RM55 untuk jaket kulit tiruan.

Untuk orang Korea Utara, harga itu sangat mahal. Kerana rata rata rakyat marhaen mereka berpendapatan purata RM88 sebulan – menurut laporan Business Insider pada 2018. Mereka bergantung kepada bonus untuk menambah pendapatan.

Pendapatan tahunan rakyat Korea Utara pada 2018 secara purata adalah RM1050. Jadi untuk membeli jaket kulit yang ori, ianya gaji 2 bulan mereka.

Malang sekali, keseronokan berfesyen itu tidak lama. Kerana Kim Jong Un mahu gaya tersebut eksklusif dan bukannya sesuka hati digayakan di Korea Utara.

Bukan itu sahaja, jaket kulit untuk wanita juga dilarang. Selepas adik kepada Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jung turut terikut ikut trend abangnya.

Radio Free Asia melaporkan: “Jaket kulit kini sudah menjadi satu simbol kekuasaan dan taraf sosial seseorang di Korea Utara.”

“Ramai anak muda merungut kerana mereka menyatakan bahawa mereka membeli jaket kulit dengan wang mereka sendiri dan ada yang sudah lama memang sudah memiliki jaket kulit. Dan kini pemerintah mahu merampasnya daripada mereka?”

“Polis bertindak atas rungutan ini, dan mengingatkan rakyat jelata bahawa mereka dilarang sama sekali memakai jaket kulit seperti orang kelas atasan.”

“Arahan sudah dikeluarkan untuk melarang orang ramai daripada memakai jaket kulit. Dan hanya orang tertentu yang dibenarkan atas kebenaran khas.”

Seterusnya kini polis maritim turut menggiatkan operasi menghalang penyeludupan jaket kulit ke negara mereka menerusi laluan perairan mereka. Dan macam biasa, suspek utama sudah tentunya sindiket dari China.

Baca yang lain