Korea Utara kini sudah memasuki tempoh berkabung untuk mengenang satu dekad pemergian ayah Kim Jong-un, iaitu Kim Jong-il, yang meninggal dunia pada 17 Disember 2011.
Jadi, selama 11 hari, warga Korea Utara dilarang melakukan berbagai kegiatan yang menggembirakan dan berhibur termasuk larangan beriadah dan ketawa.
Seorang warga Korea Utara menceritakan apa yang harus mereka lakukan ketika fasa berkabung nasional ini.
Rakyat Korea Utara dari Kota Sinuiju itu berkata: “Selama masa berkabung, kami tidak boleh minum alkohol, tertawa, atau melakukan aktiviti yang menghiburkan dan menggembirakan.”
“Kami semua harus bersedih dan meratapi pemergian Kim Jong-il.”
“Biasanya tentera dan polis akan sentiasa meronda untuk mengawal pergerakan orang awam ketika tempoh berkabung ini dengan ketat.”
“Dahulu, ramai orang yang tertangkap kerana minum-minum atau mabuk di masa berkabung akhirnya dipenjara dan dianggap sebagai pelaku kejahatan ideologi. Mereka dibawa masuk ke penjara dan tak pernah dilihat lagi, tak pasti sama ada masih di dalam penjara ataupun di tempat lain.”
Siren dibunyikan selama 3 minit pada Jumaat di seluruh negara Korea Utara menandakan bermulanya perkabungan kebangsaan mereka.
Bendera bendera hanya dinaikkan separuh tiangg.
Seterusnya, sumber yang sama menyatakan bahawa: “Bahkan jika ada salah seorang anggota keluarga korang yang meninggal dunia di masa berkabung ini, korang tidak boleh menangis terlalu kuat dan jasadnya si mati hanya boleh dibawa keluar dari hospital [jika si mati meninggal dunia di hospital] setelah masa berkabung berakhir.”
North Korea bans laughing, alcohol, birthday parties, funerals, grocery shopping, & more activities for 10 days to mark the 10th anniversary of former Supreme Leader Kim Jong Il’s passing.
Any violation of the ban during the mourning period will invite serious consequences. pic.twitter.com/6FC2bkrayW
— My Mixtapez (@mymixtapez) December 17, 2021
“Selain itu, kesemua keraian, kenduri atau perayaan adalah dilarang sama sekali pada tempoh berkabung. Ini termasuk sambutan majlis harijadi.”
Setiap kali memasuki tempoh berkabung, polis dan tentera sudah mulai dikerahkan mengawal pergerakan orang awam sejak awal Disember.
Di radio dan televisyen, hebahan dan peringatan tentang tanggungjawab sosial dibuat terutam sekali kepada generasi muda.
Warga Korea Utara diingatkan agar tidak sesekali melanggar peraturan berkabung yang sudah menjadi upacara nasional.
“Dari hari pertama Disember, mereka [penguatkuasa] sudah mulai memantau rakyat agar tidak merosakkan suasana duka ini. Itu tugas khusus mereka selama sebulan. Mereka akan berkawal selama 24 jam.”
Bukan itu sahaja, rakyat juga dilarang untuk pergi membeli belah dan diminta sentiasa berada di rumah masing masing.
Syarikat dan pengusaha pula akan diminta bersama sama bertanggungjawab menyediakan bekalan makanan sepanjang tempoh berkabung untuk memastikan pekerja mereka dan rakyat jelata tidak berkumpul di pasar atau pusat beli belah sehingga mewujudkan suasana ramai dan hingar bingar.
Lelaki itu menambah: “Kesejahteraan dan ketenangan harus sentiasa terjaga, sehingga syarikat dan pengusaha bertanggungjawab mengumpul makanan dan memberikannya ke rakyat dan para pekerja mereka yang tidak digalakkan turun bekerja.”
Sebenarnya, rakyat Korea Utara tidak gemarkan peraturan terlalu ketat ketika berkabung untuk pemimpin Korea Utara ini.
Kerana menurut mereka, setiap kali masuk tempoh berkabung seperti ini, ianya akan mejejaskan pendapatan mereka termasuk pendapatan syarikat ataupun orang persendirian.
Seorang lagi koresponden Radio Free Asia menyatakan: “Saya sebenarnya berharap masa berkabung untuk Kim Jong-il hanya seminggu sahaja, seperti mana masa berkabung untuk Kim Il-sung. Ramai rakyat mengeluh kerana dipaksa berduka dan meratapi kematian mereka hingga seperti orang mati.”
Kim Jong Il merupakan ayah kepada Kim Jong Un. Pada 1994, mendiang mengambil alih pemerintahan daripada ayahnya Kim Il Sung yang digelar pendiri negara Korea Utara yang meninggal dunia ketika itu.
Selepas Kim Jong Il, tahta kerajaan diserahkan kepada Kim Jong Un. Seperti yang dinyatakan dalam artikel terdahulu. Memang ada pilihanraya presiden, namun secara tersiratnya hanya ada satu calon sahaja iaitu keluarga Kim. Ini kerana, biasanya calon yang menentang dinasti Kim itu sendiri membantu mempengaruhi rakyat Korea Utara untuk mengundi Kim Jong Un.
Rakyat diwajibkan mengundi selepas berusia 17 tahun. Dan mereka boleh mengundi Kim Jong Un sahaja.