Kumpulan Metal Korn sudah bertekad mereka tak akan sesekali menjadi kumpulan yang berasas Metal – Rap.
Dalam satu wawancara terbaru dengan Guitar Premier, gitaris Korn, James “Munky” Shaffer dan Brian “Head” Welch ditanya pandangan mereka tentang label nu metal yang diberikan kepada mereka.
Korn menjadi salah sebuah kumpulan nu metal berpengaruh pada 90-an dan awal 2000-an.
Mereka berdua tak kisah dengan label itu. Namun bagi mereka, Korn tetap kumpulan Metal. Mereka tiada kuasa nak menghalang orang menilai jenis metal yang mereka bawakan.
Ada yang beranggapan Korn harus memasukkan elemen rap sebagai perkara tetap untuk menjadi raja nu metal sebenar.
Bagi Korn mereka hanya melakukan kolaborasi dengan beberapa rappers. Namun mereka sendiri tak akan melakukannya.
Brian Head Welch berkata: “Kami adalah kumpulan dengan sisi yang lebih gelap daripada banyak band yang lain pada waktu itu.”
“Kami tidak pernah menjadi band rap-metal. Kami mempunyai beberapa tetamu yang rap, tetapi Jonathan [Davis, vokal] tidak pernah rap.”
“Kami sentiasa gelap, dia [Davis] telah menjadi ‘the cure’ kami yang semakin membarah, dan dia mempunyai pengaruh. Dan saya rasa dia boleh berdiri dengan sendiri. ”
Tambah Munky: “Selalu ada orang purist yang berkata, ‘Itu bukan metal sebenar.’ Tetapi saya rasa, seperti, ‘Baiklah, lelaki, kita melakukan apa yang kita suka lakukan, ia kelihatan bagus, dan ia bagus untuk mencipta sesuatu yang berbeza.”
“Selama bertahun-tahun, kami terus merendah diri dan berusaha untuk tidak memberi perhatian kepada apa yang orang nak kata dan apa mereka buat. Namun kami terus berkembang dan bekerja.”
Ditanya apakah rahsia kejayaan mereka terus kekal relevan, dekat di hati peminat dan mampu mengekalkan sokongan daripada ramai peminat?
KORN: 'We Were Never A Rap-Metal Band' https://t.co/aR624F0zko pic.twitter.com/morShP1DJS
— BLABBERMOUTH.NET (@BLABBERMOUTHNET) January 2, 2020
Munky menjawab: “Saya fikir apabila kita semua semakin tua dan mula menulis muzik yang lebih berat, maka Jonathan mulai menggali lebih dalam dan mencari suara dirinya.”
“Ia telah menjadi dekat dengan hati para peminat. Ia juga telah membantu mereka melalui masa yang sukar dan membuatkan mereka berasa seperti mereka tidak bersendirian.”