Kenali Kostas Tsimikas: Proggresive Fullback Terbaru Liverpool

Kostas Tsimikas menjadi pemain terbaru menyertai Liverpool. Dengan melengkapkan perpindahan £11.75 juta dari Olympiakos.

Tsimikas setuju dengan kontrak 5 tahun sehingga 2025.

Latar belakang karier

Tsimikas menyertai Olympiakos 2014, dan berjaya menjadi pemain utama pasukan pada 2015.

Untuk membantu pembangunannya, Olympiakos telah meminjamkannya ke Esbjerg di Denmark dan Willem II di Belanda.

Pada musim 2017/18 boleh dikatakan musim yang membuatkannya menonjol dengan menjaringkan 6 gol dan mencipta 4 assist daripada 37 perlawanan.

Beliau kemudian kembali semula ke Olympiakos untuk bersaing dengan Leonardo Koutris bagi mengisi tempat kesebelasan utama.

Pada musim 2018/19, beliau meningkatkan lagi keupayaannya menyumbang kepada gol dengan mencipta 7 assist.

Olympiakos mengesahkan kejuaraan liga ke-45 dalam sejarah mereka dan layak ke Liga Juara Juara Eropah.

Diletakkan sekumpulan dengan Spurs dan Bayern di kumpulan B. Olympiakos gagal melayakkan diri ke kalah mati dan diturunkan ke peringkat 32 UEL menentang Arsenal.

Tsimikas membantu Olympiakos menyingkirkan Arsenal. Namun malangnya mereka disingkirkan oleh Wolves di peringkat berikutnya.

Liverpool segera mendapatkan pemain tersebut. Selepas menolak untuk membayar Jamal Lewis hampir 2 kali ganda daripada harga Tsimikas.

Napoli merupakan kelab yang sudah berunding dengan Tsimikas. Namun beliau mendengar Liverpool datang kepadanya dan memilih untuk ke Liverpool yang disifatkannya perpindahan impian.

Tipikal bek sisi Klopp

Dalam beberapa musim ini, Klopp telah membentuk sistem permainan berdasarkan full back yang dinamik.

Apa yang boleh dikatakan, gaya permainannya mirip kepada Andy Robertson dan Trent Alexander Arnold.

Tsimikas bukan sekadar pemain bek sisi tetapi dia juga pemain yang bagus dalam crossing dan dribbling.

Kualiti ini yang membuatkan beliau menjadi salah seorang pemain dalam radar Klopp.

Namun beliau lebih kepada gaya permainan Robbo kerana dia seorang tackler.

Tsimikas memiliki kejayaan duel sebanyak 72.3% dalam saingan UCL dan UEL musim ini.

Pemain yang laju dalam memintas bola. Laju sahaja tak cukup, kerana Klopp menjadikan fullback sebagai sumber cross bukannya winger.

 

Rumusan

Ini satu signing yang baik. Kerana kita menandatangani beliau untuk memberikan persaingan kepada Robbo yang rasanya masih akan menjadi pemain utama musim hadapan.

Seterusnya mengambil kira situasi James Milner yang semakin berusia dan sudah masa untuk tidak terlalu membebankan beliau.

Sistem fullback Liverpool antara yang paling rumit di dunia kerana ianyat sangat progresif dan dinamik.

 

Baca yang lain