Koyak Asyik Kalah Sebanyak 104 Kali ‘Straight’, Prospek Sumo Ini Nekad Bersara Muda

Seorang atlet sumo Jepun, Shonanzakura memutuskan untuk meninggalkan gelanggang sumo. Ini selepas dia berputus asa asyik kalah dalah aksi sumo.

Shonanzakura awalnya dianggap sebagai salah seorang atlet sumo berbakat dan ada peminatnya tersendiri.

Dia sudah bertarung dalam banyak aksi sumo profesional.

Pada 1 Januari 2019, dia menang menentang Hatsu Basho, dalam kejohanan sumo tahunan yang diadakan di arena Ryogoku Kokugikan Tokyo yang popular. Itu telah menjadi career highlight untuknya.

Ramai peminat memuji teknik dan keupayaannya. Media niche sukan sumo turut membuat liputan tentang bakat luar biasa Shonanzakura yang ketika itu baru berusia 20 tahun.

Tetapi, dia tak sangka bahawa itulah kemenangan pertama dan terakhir beliau dalam aksi kompetitif.

Selepas itu dia mengalami kekalahan demi kekalahan dalam semua pertandingan yang dia sertai.

Sepanjang tahun 2019 dan 2020 membawa ke 2021, kesemua pertarungannya berakhir dengan kekalahan.

Tahun ini, dia bertarung dalam 7 pertarungan, dan kesemuanya kalah. Ini sekaligus membawa rekod kekalahannya kepada 104 berturut turut.

Setiap kekalahannya menjadi rekod baru dalam sumo profesional, rekod yang tak diingini, iaitu rekod jumlah kekalahan terpanjang dalam sejarah.

Akibat malu dengan rekod yang teruk itu, dia akhirnya memutuskan untuk bersara. Dengan rekod hanya 3 kemenangan dan 238 kekalahan keseluruhannya dalam kariernya. Rekod 104 kekalahan berturut turut rasminya menjadi rekod rentetan kekalahan terpanjang.

Shonanzakura menyatakan dia bersara atas pilihannya sendiri bukannya atas desakan jurulatihnya. Dia malah menyatakan ada jurulatihnya yang terus memberikan kata kata semangat untuknya. Tapi hatinya sudah tawar.

Jurulatihnya, Kitazura berkata: “Secara peribadi, saya suka melihat dia untuk terus bertarung.”

“Tetapi saya memahami perasaannya, dan saya menerima keputusannya … [dan] saya harap dia akan berehat dengan baik sambil meluangkan masa yang dia perlukan untuk mempersiapkan [untuk apa yang akan terjadi selepas ini di dalam kariernya].”

Shonanzakura sendiri memberitahu niatnya bersara kepada Kitazakura tidak lama setelah tewas dalam kejohanan Nagoya pada bulan Julai lalu, mengatakan kepada stablemasternya bahawa dia telah mencapai batas tertinggi yang badannya mampu lakukan, dan ingin mengundurkan diri.

Walaupun peratusan kemenangan di bawah 1.5 peratus, Kitazakura tetap memuji muridnya itu.

“Tidak kira berapa kali dia kalah, dia selalu berlatih dengan profesional dan bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya,” kata Kitazakura.

“Dia mempunyai semangat yang luar biasa … Pada waktu pagi, dia selalu menjadi yang pertama dari bangun tidur dan bersedia untuk berlatih di gelanggang latihan.”

“Dia akan membantu jurulatih menyediakan kelengkapan latihan. Seorang yang rajin dan baik hati.”

Seorang pengulas sumo menyatakan bahawa dia sedih melihat Shonanzakura bersara pada usianya sangat muda, pada usia 23 tahun. Kerana dia sudah mengikuti perkembangan atlet itu dari awal.

“Saya sebenarnya akan sedih melihatnya pergi,”

Pengulas tersebut menyatakan bahawa, dia yakin Shonanzakura akan bangkit dan mengakhiri rekod kekalahan itu dengan dramatik dan dia sedia untuk menulis kisah itu. Tetapi malangnya, atlet itu memutuskan untuk bersara dan semua orang harus menerimanya.

“Saya sangat terkejut ketika dia mengumumkan mahu berundur. Saya selalu menyokongnya.”

“Dia mungkin tidak gembira dengan catatannya, dan saya pasti sukar baginya untuk menerimanya … Tetapi tidak dinafikan dia menjadikan dunia sumo ini lebih menarik. Terima kasih dan selamat bersara.”

“Sukan bukan hanya untuk menang. Sekiranya anda jatuh, anda akan bangkit semula. Itulah hidup.”

Shonanzakura, atau nama asalnya Hattorizakura, mengambil Kenho, yang melebihi beratnya sekitar 160 kilogram (353 paun).

Persaraan Shonanzakura diumumkan secara terbuka, dan dia sudah menyelesaikan danpatsushiki, “upacara memotong rambut” di mana seorang ahli gusti sumo memotong ikatannya untuk melambangkan persaraannya dari pertandingan dan sejak itu kembali ke kampung halamannya di Chigasaki, Kanagawa Prefeture, di pantai Shonan.

Semangat dan dedikasi serta cintanya kepada sukan sumo ini memang luar biasa. Walaupun keputusan di gelanggang tidak memihaknya. Semoga beliau kekal berada di bidang ini di masa akan datang walaupun bukan sebagai atlet.

Baca yang lain