Koyak Dengan Fans Milan, Mourinho Berkata: “Mujur Saya Tolak Tawaran Mereka Dalam Masa 3 Hari”

Jose Mourinho mendapat layanan yang teruk dari San Siro dalam aksi di antara AC Milan dan AS Roma.

Dan seperti biasa, The Special One tak akan berdiam diri. Dia mesti akan melakukan sesuatu. Beberapa tahun lalu dia pernah membuat gesture ala Hulk Hogan ketika di Stadium Juventus sebagai respon kepada penyokong Juve yang menge-boo-nya sepanjang perlawanan.

Roma kalah 3-1 di San Siro di tangan Milan dengan seorang pemain Roma turut dibuang padang. Mourinho menegaskan bahawa dia tak sukakan prestasi pasukannya dan juga pengadil.

Mourinho berkata: “Saya tak suka dengan persembahan pasukan saya dan persembahan pengadil pada hari ini. Kita akan sentiasa kekal berada dalam persaingan pada kedudukan 1-0, atau lebih 2-0. Namun dengan kualiti teknikal yang rendah, kita hilang banyak bola dalam keadaan yang sangat mudah.”

“Kekurangan kualiti teknikal itu menghalang kita untuk lebih berkembang. Karakter pasukan itu ada, namun kualiti teknikal sangat barai.”

Tentang VAR dan pengadil, Mourinho menyatakan bahawa dia sendiri tak faham dengan mereka ini. Mourinho mempertikaikan dua penalti yang diberikan kepada AC Milan dalam perlawanan ini.

“Pengadil dan VAR sangat sukar untuk kita fahami atau terima. Saya sudah berada di Roma selama enam atau tujuh bulan. Jadi saya sudah lali dengannya. Namun ini adalah sesuatu yang kamu tidak biasa dengannya.”

“Saya masih tak tengok lagi imej [VAR] untuk Abraham. Tak pasti sama ada tangan dia sentuh bola atau tak. Pengadil VAR tak sepatutnya menghubungi pengadil dalam situasi yang meragukan seperti itu.”

“Saya minta kepada pengadil agar menghantar imej VAR dekat Trigoria [pusat VAR di Itali] kepada saya, kerana saya tak tengok sebarang imej itu.”

Mourinho kemudian mempersoalkan penalti kedua.

“Kemudian penalti kedua. Jika kamu menilai situasi itu, ianya sama seperti apa yang berlaku kepada Zaniolo. Jadi apa bezanya? Pengadil berhutang penjelasan dengan saya, secara visual.”

“Saya harus faham sedikit tentang keputusan ini. Jika mereka menghantar imej kepada saya, saya akan menjadi orang pertama yang akan meminta maaf.”

Ditanya tentang sambutan panas diberikan peminat AC Milan kepadanya di San Siro. Mourinho berkata dia sangat lega kerana pernah menolak tawaran AC Milan walaupun pada mulanya dia berfikir untuk menerimanya.

Selepas apa yang berlaku di San Siro malam tadi, Mourinho menganggap keputusan menolak AC Milan adalah tepat.

Mourinho menjadi sasaran di San Siro kerana hubungannya dengan Inter Milan sebelum ini.

“Apabila saya melihat San Siro memberikan reaksi sebegitu, ianya memberikan saya satu kepuasan. Saya pernah menerima tawaran Milan 3 tahun lalu. Mereka mahukan saya, namun selepas 3 hari saya membuat pusingan U dan memutuskaan untuk tidak menyertai mereka.”

“Ini yang memberikan saya kepuasan sebenar di atas keputusan yang saya pernah buat dulu [setelah melihat kelakuan peminat AC Milan hari ini].”

“Saya seorang yang profesionanl namun masih ada ruang untuk emosi.”

“Saya seorang yang sangat bersemangat untuk Roma. Saya akan memberikan segalanya demi Roma. Namun imbas kembali, selepas apa berlaku hari ini, saya gembira dengan apa yang saya pernah balas kepada tawaran mereka dulu.”

“Mereka datang kepada saya masa tu tapi saya berkata, maaf saya nak balik rumah, saya pergi dulu.”

Baca yang lain