Seorang jutawan China mengamuk hanya kerana seorang staf bank memintanya memakai pelitup muka.
Lebih memeranjatkan apabila, dia koyak, menganggap staf bank tersebut telah menjatuhkan air mukanya.
Kejadian itu berlaku di Bank Of Shanghai di Hongmei, China. Dan video tersebut tular dengan teruk di Weibo.
Menurut pengakuan staf bank tersebut, jutawan tersebut sebenarnya sudah diminta oleh pengawal keselamatan untuk patuh SOP dengan memakai pelitup muka.
Namun dia degil. Pengawal keselamatan tersebut memaklumkan kepada staf bank itu. Dan staf bank itu menjelaskan peraturan SOP wajib memakai pelitup muka di premis mereka.
Berlaku sedikit ketegangan melibatkan jutawan tersebut dan staf bank. Lalu dia mengeluarkan kesemua simpanannya dari bank tersebut.
Ketika mengeluarkan kesemua wangnya, dia meminta staf bank tersebut untuk mengira kesemua duitnya sehelai demi sehelai memastikannya cukup.
Terdapat juga laporan menyatakan bahawa staf bank hanya boleh memberikan kira kira 5 juta yuan, sekitar RM 2.23 juta. Kerana itulah had pengeluaran sehari.
Dan jutawan itu meminta staf yang sama mengeluarkan wang dan mengiranya sehingga kesemua wangnya dikeluarkan dari bank itu.
Jutawan tersebut dilihat memunggah beg berisi duitnya ke dalam kereta. Dia memberitahu kepada orang ramai dengan berkata: “Saya kecewa dengan servis yang teruk daripada staf bank ini. Sebab sikap buruk staf itu saya memutuskan untuk mengeluarkan kesemua duit saya dan menyimpannya di bank lain.”
“Jadi saya perlu meminta mereka mengira kesemua wang saya supaya tak ada yang terkurang.”
Bank Of Shanghai dikatakan tidak faham di mana salah silapnya staf mereka. Namun akur dengan permintaan jutawan yang digelar jutawan berkacamata oleh netizen di Weibo.
Bank tersebut menyatakan: “Pelanggan kami ternyata ada expectation yang terlalu tinggi ke atas perkhidmatan kewangan.”