Seorang pengadil di El Salvador disahkan meninggal dunia kerana luka dalaman yang teruk. Ianya gara gara pemain tidak berpuas hati dengannya kerana melayangkan kad merah. Kejadian itu berlaku pada bulan lalu.
Jose Arnoldo Amaya, 63, meninggal dunia selepas dia dibelasah dan diterajang dalam perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Toluca Stadium terletak di Miramonte, menurut laporan Marca.
Amaya sudah mengadili perlawanan bola sepak selama 20 tahun pengalaman. Dia melayangkan kad kuning kedua yang membawa kepada 1 kad merah kepada seorang pemain yang bermain kasar.
Pemain tersebut telah menumbuknya dan rakan sepasukan serta penyokong turut serta masuk ke padang membelasahnya.
Dia tidak sedarkan diri kerana diterajang dengan teruk dan dikejarkan ke hospital. Amaya disahkan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan terpaksa dipindahkan ke hospital besar Zacamil. Namun doktor tidak dapat menyelamatkan nyawanya.
Jose Arnaldo Amaya was reffing an amateur league game in El Salvador, where he was attacked by players and supporters for showing a red card.
— FootballJOE (@FootballJOE) June 14, 2022
FA El Salvador kemudian terus menulis tentang isu itu. Mereka mengecam kelakukan ganas ke atas Amaya. Dalam kenyataan mereka, FA El Salvador menulis:
“Sebagai persatuan bola sepak, kami akan menyokong segala tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat dalam keganasan, termasuk di dalam mana mana sukan lain di negara ini.”
“Kami percaya kepada kredibiliti pihak berkuasa yang akan mencari siapa yang harus bertanggungjawab mencabut nyawa pengadil tersebut.”
✝️| La Federación Salvadoreña de Fútbol lamenta el fallecimiento del árbitro José Arnoldo Amaya. pic.twitter.com/gVscusks93
— FESFUT (@fesfut_sv) June 13, 2022
Keganasan dalam bola sepak seharusnya dihentikan. Baru baru ini terdapat satu lagi laporan menyebut di Amerika Syarikat, seorang pemain bola sepak mati selepas dibelasah oleh pemain lawan.
Misael Sanchez mengalami pelbagai jenis kecederaan dan kerosakan pada organnya kerana dipijak dan diterajang oleh pemain lawan.
Kejadian itu berlaku dalam aksi bola sepak di Oxnard High School. Polis mengesahkan bahawa ianya adalah perlawanan antara 2 pasukan orang dewasa bukannya pasukan sekolah menengah.
Polis sudah menahan seorang suspek untuk membantu siasatan.
Misael Sanchez died two weeks after an on-field fight erupted over a referee's decision. https://t.co/TP6PhhoucX
— CBS News (@CBSNews) July 26, 2022