Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyatakan bahawa Malaysia menghormati Bahrain sebagai pasukan yang kuat namun dalam pada masa yang sama yakin bahawa Malaysia ada cara tersendiri untuk menang ke atas pasukan tersebut.
Kim Pan Gon menghantar mesej jelas bahawa Malaysia wajib mengelak daripada kalah di tangan Bahrain untuk mengesahkan slot ke Piala Asia.
Malaysia akan berdepan dengan Bahrain dalam aksi kedua pusingan kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kim Pan Gon mahukan sebarang mata daripada perlawanan ini sama ada menang ataupun seri.
Malaysia dan Bahrain kini berkongsi 3 mata. Tetapi Harimau Malaya berkelebihan dari segi jaringan.
Dipetik dari BH Online, Kim Pan Gon berkata: “Secara taktikal, untuk mendapatkan satu mata adalah sangat penting.”
Sidang media praperlawanan bagi Hari Perlawanan 2 saingan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 telah berlangsung di Hotel Dorsett Grand Subang, pagi tadi.
▶️ Baca penuh & lagi gambar di https://t.co/piqT4akBHM#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/sREYfEi3Bf
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 10, 2022
“Kami akan menggunakan strategi dan taktikal untuk mendapatkan mata, itu yang paling penting.”
Kim Pan Gon sedar bahawa Bahrain adalah pasukan yang kuat. Bahrain adalah pasukan di ranking tertinggi dalam kumpulan E.
Bahrain menghuni ranking top 100 di dunia ataupun lebih tepatnya di ranking ke-89. Sebagai perbandingan, Malaysia kini berada di ranking ke-154.
Selain itu Kim Pan Gon menagih sokongan daripada penyokong Harimau Malaya sekali lagi. Ini kerana beliau menjangkakan bahawa perlawanan ini sangat sukar.
Ditanya tentang bagaimana Malaysia akan bermain, Kim Pan Gon menjelaskan bahawa: “Kami menghormati Bahrain sebagai pasukan yang kuat di Asia. Namun kami mempunyai jalan kami sendiri untuk mencari kemenangan dan kami akan berjuang.”
Kim Pan Gon memberikan jaminan bahawa Malaysia benar benar bersedia secara mentaliti.
#BHsukan Secara taktikalnya mendapatkan mata adalah sangat penting, sama ada satu mata atau tiga matahttps://t.co/5dONiNDiX8
— Berita Harian (@bharianmy) June 10, 2022
Malaysia memerlukan satu lagi aksi positif untuk membuat kejutan ke atas Bahrain.
Prestasi ketika berdepan dengan Turkmenistan sebelum ini boleh menjadi motivasi berguna buat Harimau Malaya.