KPG: ‘Pemain Kita Berjaya Menimba Pengalaman Berguna’

Kim Pan Gon akui kecewa dengan kegagalan Malaysia layak ke pusingan kalah mati.

Namun pada masa yang sama yakin bahawa ada perkara positif daripada semua ini. Iaitu menimba pengalaman berguna.

Skuad Malaysia dibarisi ramai pemain muda, yang berpeluang untuk beraksi di pentas Asia di masa akan datang. Jadi pengalaman beraksi di pentas Piala Asia kali ini sangat penting dan berharga.

Kim Pan Gon berkata: “Bagi saya kita harus membiasakan diri dengan pengalaman seperti ini. Pertama sekali kita kena menghidunya, merasainya. Penampilan kali ini boleh menjadi batu asas berguna kepada pembangunan bola sepak Malaysia di masa hadapan.

“Setidak tidaknya, pemain pemain kita telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mentaliti mereka kuat dan perkasa. Mereka tidak mudah mengalah.

“Kami kembali semula ke padang dengan lebih kuat hari ini.”

Gol kemenangan Bahrain terhasil pada masa kecederaan sebelum tamat, di mana Ali Madan berjaya menewaskan Syihan Hazmi.

Sebelum itu, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab di atas kekalahan ini. Kerana menurutnya, ini adalah silap jurulatih yang memberikan harapan terlalu tinggi kepada pemain dan rakyat Malaysia.

“Ini bukan salah FAM, bukan salah pemain atau rakyat Malaysia. Ini adalah salah jurulatih. Saya bersalah kerana memberikan harapan lebih tinggi kepada pemain dan rakyat Malaysia.”