Artis Kpop Inggeris Pertama Ini Belanjakan RM813K Untuk Menjadi Seperti Jimin BTS

Seorang peminat bintang K-pop di London telah membelanjakan £149,000 kira kira RM813,00 untuk pembedahan plastik bagi menyerupai bintang pujaannya iaitu Jimin dari kumpulan BTS.

Lelaki bernama Oli tersebut berasal dari London dan sudah berusia 30 tahun. Oli digelar – bintang K-Pop pertama di UK – telah menjalani sebanyak 15 prosedur pembedahan kosmetik dalam usaha meniru bintang pop Korea, Jimin dari kumpulan BTS.

Walaupun bangga dengan gelaran artis Kpop British yang pertama di kalangan peminatnya, namun Oli sedih kerana sering diganggu dan ditroll di media sosial.

Dalam usaha mencapai apa yang dia panggil ‘kesempurnaan’ yang ada pada Jimin, Oli setakat ini sudah melalui lima rhinoplasties, pembentukan kontur tulang dagu, pengurangan mandibula, pengurangan tulang pipi, ginekomastia, sedut lemak, pembetulan areola, blepharoplasty dan menaikkan alis.

Setelah menghabiskan tujuh tahun untuk mencuba penampilan Jimin, Oli juga menjalani suntikan pemutihan wajah dan pemutihan kulit vampire. Dan turut mengisi semula (topup) suntikan filler dan Botox setiap tiga minggu.

Oli telah berkongsi kisah bahawa dia sebelum ini bergelut dalam perjuangannya kerana anoreksia.

Selepas berjaya mengatasi masalah tersebut. Oli berdepan dengan isu berat badannya yang naik.

Ini yang membawa kepada Oli menjadi usikan dan troll daripada rakan dan netizen.

Oli juga telah berbicara tentang cercaan kejam mengenai berat badannya dari pengganggunya dari bangku sekolah yang terus mengacaunya sehingga dia dah dewasa.

Sebelum ini Oli memang ada masalah dengan makan dan membuatkannya terlalu ringan dan tak sihat.

Tetapi selepas berjaya menaikkan berat badannya, ia  membuatkan Oli dipanggil ssebagai Oppa boroi, Jimin lebih lemak dan sebagainya.

Oli berkata:

“Beberapa tahun kebelakangan ini, saya mempunyai berat badan yang lebih sihat, walaupun begitu saya masih banyak bergelut dengan imej badan ketika melihat cermin.”

“Saya berasa lebih yakin dan gembira dengan diri sendiri. Saya telah belajar untuk tidak terlalu keras pada diri sendiri dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang membahagiakan saya.”

Sayangnya, walaupun merasa lebih selesa dengan dirinya sendiri, Oli masih harus bergaduh setiap hari dengan ucapan jahat dari troll, dilaporkan menerima ‘ribuan’ komen menyakitkan setiap hari.

Oli menjelaskan:

“Ini adalah sesuatu yang saya sudah biasa. Salah satu video muzik saya mempunyai hampir 42,000 komen negatif dan kebencian dan lebih daripada 135,000 tidak suka dari orang yang memuji saya kerana saya berbeza.”

“Walaupun saya tweet, kadangkala ia dapat 6,000 komen kebencian dan ejekan. Ia banyak memberi kesan kepada saya.”

“Sangat sukar untuk bangun setiap hari dan melihat semua perkara negatif ini.”

“Tetapi saya sangat kuat dan kulit tebal dan saya tidak membiarkan komen ini menghalang saya untuk mencapai matlamat dan impian saya.”

Saya mendapat kekuatan untuk terus mengikuti dan mengejar impian saya dengan membuat muzik K-pop saya dan terus menjadi kreatif dengan membuat video muzik.

Di masa akan datang Oli berhasrat untuk mendapatkan rawatan sedut lemak lebih lanjut di pinggul dan perutnya.

Oli turut merancang untuk mengangkat lagi tekstur mukanya, mengangkat alis, implan bibir kekal dan pembedahan menghilangkan kelopak mata.

Oli merasakan dia dapat ‘mencari kekuatan’ dengan mendengar lagu lagu BTS, sambil menyatakan:

“Muzik mereka begitu positif dan menggembirakan dan setiap lagu mengandungi mesej khas yang membuat saya tersenyum.”

Oli: Giliran saya pula

Oli sekarang berusaha untuk memotivasikan orang lain pula, sama seperti BTS lakukan kepadanya. Menurut Oli, sudah tiba gilirannya pula berbuat demikian.

Oli juga telah mendedikasikan sebahagian besar tahun lalu untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk yang dapat ditimbulkan oleh troll dan buli kepada orang muda.

Oli berkata:

“Hampir tidak ada penyelesaian untuk masalah ini sekarang. Raksasa media sosial tidak melakukan cukup banyak perkara untuk mengatasi masalah tersebut – Twitter dan YouTube menjadi penyebab utama masalah troll ini – kerana mereka membiarkan ruang kebencian dan negatif muncul di platform mereka yang mensasarkan orang muda.”