Kreatif! Perkahwinan Dengan Green Screen Di Indonesia Ketika PKP

Di Indonesia, telah tular sebuah video yang memperlihatkan proses rakaman pada hari pernikahan menggunakan green screen. Dalam video itu, memaparkan sepasang mempelai melakukan ijab qabul dan sejumlah tamu hadir dalam resepsi pernikahan.

Video tersebut diunggah oleh seorang sinematografer @goenrock melalui akun Twitternya pada Isnin (11/5). Rakaman perkawahwinan tersebut dibuat di Yogyakarta, oleh pengurus perkahwinan – Alleya Wedding Center.

“Virtual wedding di Jogja. Resepsi dan shooting di studio dengan dikelilingi green screen. Background langsung di-replace live dan di-streamingkan,” tulis @goenrock.

Tujuan utama video tersebut adalah untuk menampakkan suasana hidup di majlis perkahwinan yang meriah dengan dipaparkan secara langsung di media sosial untuk tontonan sahabat handai, serta saudara mara yang tak boleh hadir pada ketika ini kerana C0V19.

Syarikat sinematografi telah mencipta suasana perkahwinan seperti satu majlis yang biasa dengan rekaan model dummies pada rakaman itu.

Mereka mengakui perniagaan yang berasaskan pengurusan majlis perkahwinan dan seni kreatif seperti mereka berhadapan dengan cabaran sangat besar pada ketika ini.

Hal ini kerana tiada majlis keramaian dibenarkan di Indonesia.

“Dua atau tiga minggu yang lalu kita berhaodana cabaran untuk memberikan idea kreatif.

“Ini untuk membangkitkan industri kreatif di tengah pandemik korona. Salah satu daripada caranya adalah idea virtual wedding,” ujar PEngarah GM Production, Yurry Apreto kepada kumparan, pada Selasa.

Yurry mengklaim sebagai pencetus pertama konsep wedding tersebut.

Beliau kemudian mewar-warkan idea tersebut kepada sejumlah wedding organizer serta talent seperti MC sehingga kru lainnya.

“Subhanallah, teman-teman, segalanya berjalan lancar, lalu dummy-nya kita buat,” tambah beliau lagi

Beliau dan pasukannya kemudian menukar pejabatnya menjadi studio rakaman yang ditutup dengan green screen. Peralatan untuk live streaming, LED, dan keperluan lainnya juga disiapkan.

Menurutnya lagi, selama proses rakaman, semua kru dan talent menggunakan topeng pelindung muka dan sejumlah protokol kesihatan yang ditetapkan. Proses shooting tersebut memakan waktu 2.5 jam.

“Cabarannya adalah, kita berusaha memberikan khidmat, momen yang emosional daripada resepsi ini. Alhamudilah kita berjaya. Semalam kita kita sudah mencubanya, amazing,” tambah Yurry.

Yurry berharap, konsep virtual wedding ini akan dapat membantu menggerakkan roda industri kreatif di tengah darurat kesihatan global.

Di mana industri mereka sangat tenat pada ketika ini.

“Rencananya, konsep ini dapat bekerjasama dengan rakan rakan dari catering. Calon pengantin boleh mendaftar nama tetamu dan alamatnya. Lalu kerja sama dengan mereka yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan untuk menghantar makanan itu,” ujarnya.

Beliau mengaku, golongan sasaran oleh virtual wedding ini adalah, pasangan yang tak dapat membatalka tarikh ijab qabul karena pandemik yang sedang melanda.

Sumber: Kumparan