Masa depan Alejandro Garnacho di Man United kini menjadi tanda tanya. Ini selepas pemain itu secara terbuka mengkritik Ruben Amorim yang tidak kannya di kesebasan utama pada aksi final Europa League semalam.
Alejandro Garnacho, pemain sayap muda Manchester United, mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford selepas hanya diturunkan selama 20 minit dalam kekalahan final Liga Europa kepada Tottenham.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Bilbao, Garnacho tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh pengurus Ruben Amorim, yang memilih Mason Mount sebagai pemula. Garnacho hanya dimasukkan pada minit ke-71, menggantikan Mount yang gagal memberikan impak.
Garnacho jelas lebih berkesan berbanding Mount dan dia antara pemain terbaik United dalam kempen UEL musim ini.
Selepas perlawanan, Garnacho meluahkan rasa tidak puas hatinya dan menyindir Ruben Amorim.
Dia berkata: “Sehingga ke final, saya bermain setiap pusingan membantu pasukan, dan hari ini saya bermain 20 minit, saya tidak tahu.’
Garnacho turut menambah bahawa keputusan perlawanan akhir ini akan mempengaruhi keputusannya mengenai masa depan, sambil menyatakan akan menikmati musim panas dan melihat apa yang akan berlaku selepas itu.
Sebelum perlawanan, Garnacho memuat naik gambar di media sosial yang menunjukkan dirinya meraikan kemenangan dalam Piala FA 2024 dan Perisai Komuniti 2024, seolah-olah memberi isyarat ketidakpuasan hati dengan keputusan untuk mengekalkannya di bangku simpanan.
Abangnya, Roberto Garnacho, turut menyuarakan ketidakpuasan hati di Instagram, menyatakan bahawa Alejandro telah “dikorbankan” walaupun bekerja keras dan membantu pasukan dalam setiap pusingan.
🚨📸 | Alejandro Garnacho’s brother via Instagram! 😮 pic.twitter.com/kMkEbXWR4p
— (fan) Frank 🧠🇵🇹 (@AmorimEra_) May 21, 2025
Pengurus Ruben Amorim mempertahankan keputusannya, malah mengungkit kegagalan Garnacho dalam separuh akhir menentang Athletic Bilbao.
Amorim berkata: “Senang la nak cakap macam macam sekarang ni [lepas United kalah].
“Siapa yang gagal menyempurnakan peluang gol separuh masa pertama pada separuh akhir tempoh hari? Garnacho.
“Bola sepak memang begitulah,” tegas Amorim.
🚨 Rúben Amorim on whether he should have started Garnacho over Mason Mount: “It's easy to say that now”.
“Who missed the big opportunity in the first half in the semi-final? Garnacho. Football is like that”. pic.twitter.com/ZVn9jHNSqY
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 21, 2025
Beliau menegaskan bahawa keputusan untuk memulakan Mount adalah berdasarkan prestasi pemain tersebut dalam perlawanan sebelumnya.
Garnacho sebelum ini pernah menghadapi kontroversi, termasuk memohon maaf kepada bekas pengurus Erik ten Hag selepas menyukai hantaran media sosial yang mengkritik pengurus tersebut mengeluarkannya pada separuh masa.
Beliau juga pernah digugurkan dari skuad untuk perlawanan menentang Manchester City pada Disember lalu atas alasan prestasi latihan dan kurang keterlibatan dengan rakan sepasukan.
Garnacho melabel bahawa musim ini adalah sampah untuk United.
“Musim ini sangat sukar dan macam tahik la. Kami tak mampu mengalahkan mana mana pasukan pun dalam liga dan kalah pula dalam final. Jujur cakap,” kata Garnacho yang mahu fokus kepada rehat musim panas.
🚨🚨 Alejandro Garnacho: “It’s difficult for all of us. This season has been shit”.
“We lost the final, we didn’t beat anyone in PL. It’s very difficult”. pic.twitter.com/GMoKOSX3rz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 22, 2025
Garnacho menjadi sasaran beberapa kelab besar di Eropah. Antaranya Chelsea yang pernah berminat dengannya. Dia memutuskan untuk kekal di United ketika Chelsea mahu mendapatkannya sebelum ini.
Cuma laporan baru baru ini menyebut Chelsea mulai beralih ke sasaran lain.
Dengan kekalahan ini, Manchester United akan terlepas aksi bola sepak Eropah musim depan buat kali pertama sejak musim 2014-15. Pemain pertahanan Luke Shaw menyatakan bahawa semua pemain perlu menilai semula sama ada mereka cukup baik untuk berada di kelab ini, sambil menekankan bahawa sesuatu perlu diubah.(