Kronologi Perang Raiola vs Man United, Sehingga Super Agent Merajuk Enggan Supply Barang Lagi

Setelah bertahun tahun lamanya hubungan terbina di antara Manchester United dengan super agent, Mino Raiola, akhirnya kini ia retak.

Tak tahulah esok lusa diorang perbaiki balik keretakan yang berlaku ini.

Perang Man United vs Raiola

Semua ni bermula sejak musim lalu lagi. Ketika itu Man United enggan melayan permintaan Raiola yang mahu meminta kebenaran untuk dia dan Pogba dibenarkan bercakap dengan pasukan lain.

Pogba masa tu gatal nak ke Real Madrid. Dan seterusnya datang pula tawaran daripada Juventus. Pun Manchester United tak berikan keizinan sebarang perbincangan dilakukan.

Dalam perpindahan pemain kalau kelab pemilik tak bagi kau cakap dengan pasukan lain, maka kau tak boleh buat secara contact.

Raiola beri tekanan kepada United

Selepas remuk hatinya. Raiola kemudian memberikan tekanan kepada Man United agar menaikkan gaji Pogba dan merombak semula kontrak semasa.

Eh kenapa pula?

Semuanya gara gara Raiola tak berpuas hati Alexis Sanchez menerima gaji paling tinggi di Man United iaitu sekitar £500,000 seminggu. Kalau pemain itu mendapat segala macam bonus dalam minggu itu.

Paling busuk, gaji asas Alexis Sanchez adalah £350,000. Itu kalau dia tak turun bermain ataupun tak skor sebarang gol.

Kau tahu tak berapa Pogba minta? Kenaikan 2 kali ganda bermakna Pogba nak £400,000 seminggu.

Ketika Sanchez masuk United, seorang lagi pemain Raiola iaitu Mkhitaryan ke Arsenal dengan pengekalan gajinya iaitu £200,000 seminggu.

Banyak kan pemain dia berikan kepada United era Mourinho. Dari Zlatan, Lukaku, Mkhitaryan dan Pogba. Lukaku lepas tu pecat Raiola sebab ada benda dia tak puas hati dengan Raiola.

Raiola berkata Pogba adalah pemain terbaik Manchester United, maka beliau berhak mendapat pendapatan tertinggi.

Senyum je De Gea dengar, tentang pemain terbaik Man United tu. Tapi ye la De Gea pun mintak gaji besar selepas struktur gaji di United rosak dek kerana Mourinho dan Woodward.

United tidak mahu merombak kontrak semasa dan meneruskan sahaja kontrak yang ada.

Dan sebelum itu, Raiola sudah meroyan ketika Mourinho menarik balik captaincy Pogba.

Perpindahan De Ligt

Ketika Manchester United mencari bek tengah baharu. Mino Raiola memiliki barang baik yang dikatakan solusi kepada masalah United, iaitu Matthijs de Ligt.

Perbincangan dilakukan, namun Raiola cuba memasukkan klausa pelepasan pada pemain tersebut. Man United terus kecewa dengan situasi itu.

Belum sign kontrak dan fikir nak bla. Lebih kurang macam tu la. Klausa pelepasan itu dikatakan bernilai sekitar £135 juta. Dengan prestasi De Ligt masa tu, dilihat klausa itu agak mampu milik kalau ada pasukan kaya raya nakkan beliau.

Inflasi pada harga pun boleh tahan masa tu. Tapi prestasi semasa De Ligt di Juventus musim ini rasanya klausa tu sukar team lain nak bayar.

Jadi, deal untuk De Ligt pun mati.

Erling Haaland

Raiola kemudian diberikan kebenaran untuk bercakap dengan mana-mana pasukan untuk perpindahan Erling Braut Haaland.

Penulis Manchester Evening News, Samuel Luckhurst mendedahkan cubaan oleh Raiola memasukkan klausa pelepasan dan meminta bayarang agensi £15 juta antara punca perpindahan ini gagal.

Man United dah tak sanggup lagi menjadi mesin ATM Raiola.

Lalu Haaland pergi ke Borussia Dortmund dengan harga sekitar £20 juta.

Kegagalan Perpindahan Haaland, Tanda United Sudah Menyampah Dengan Raiola

Raiola bengang

Akibat bengang dituduh menjadi punca kegagalan perpindahan Erling Haaland, Raiola melancarkan serangan peribadinya kepada United.

Raiola berkata, deal Haaland ke United gagal kerana pemain itu sendiri tak yakin akan membangun dengan lebih baik di United.

Lalu Raiola berkata: “Pele, Maradona dan Maldini (masa diorang prime) pun akan hancur di Manchester United. Jika mereka memberikan layanan yang sama dengan Paul Pogba dapat.”

Raiola memberikan perbandingan bahawa Pogba di United tidak membangun dengan lebih baik.

Lalu Raiola menyatakan pasukan yang paling banyak bercakap dengan Erling Haaland adalah Man United kerana pemain itu kenal Ole.

Dan kini deal telah gagal, United menuduh dia sebagai puncanya.

Lantas Raiola berkata: “Sekarang saya tak akan membekalkan sebarang pemain kepada mereka lagi.”

https://twitter.com/mufcnews2019/status/1212101645175123968

Nampak dah game dia macamana lepas ni kan? Ya, dia akan cuba mengeluarkan Pogba dari United. Itu jangkaan aku je la. Apa salah membawang sikit sikit pada tahun 2020 ni.