Toni Kroos telah menjadi salah seorang watak penting dalam kejayaan Real Madrid pada Piala Super Sepanyol.
Dia sebelum itu disambut dengan ejeken oleh peminat Saudi ketika aksi separuh akhir. Di mana setiap kali menyentuh bola setiap kali itulah dia diejek.
Ianya selepas Kroos membidas Arab Saudi sebagai negara yang mencabuli hak kebebasan asasi manusia. Termasuk dasar negara itu yang melarang hubungan sesama jantina.
Kroos tetap berpegang pada prinsipnya bahawa Arab Saudi bukan negara yang menyokong kemanusiaan. Walaupun pandangan itu sangat mengguris hati rakyat Saudi.
Bukan itu sahaja, dia turut memberikan amaran kepada mana mana kelab Liga Saudi agar tidak pernah terfikir untuk mendapatkan khidmatnya. Kerana dia tak akan datang ke Saudi kerana wang semata mata.
Bukan itu sahaja, Kroos turut mengecam tindakan pemain berusia 21 tahun, Gabri Veiga yang menyertai Al Ahli dari Celta Vigo. Melabel tindakan itu memalukan.
saudis took kroos’ belittling of their league personally i guess https://t.co/5ZJj3YHlcm pic.twitter.com/v3nu59sJcq
— aurora (@cr7stianos) January 10, 2024
Bercakap kepada Sport Illustrated pada Ogos, Kroos berkata: “Semua orang harus membuat keputusan sendiri, seperti Cristiano Ronaldo yang memilih untuk berbuat begitu pada akhir kariernya.
“Ianya sukar diterima apabila pemain yang masih di pertengahan usia karier mereka yang ada kualiti bermain dengan kelab terbaik di Eropah memutuskan untuk ke Arab Saudi.
“Dan mereka berkata kononnya atas sebab kesukanan untuk mencuba bermain di sana. Namun hakikatnya mereka mengejar wang semata mata. Rumusannya, keputusan dibuat sebab wang, ini bertentangan dengan bola sepak.
“Dan ini permulaan kesukaran dalam bola sepak yang kita minat dan sayang selama ini.”
“Saya tak akan pernah pergi ke Arab Saudi sebab mereka kurang hak asasi kemanusiaan di sana.”
Toni Kroos on players moving to Saudi Arabia: “They go for money, they are going against football. Things are getting difficult for the football we all know and love. I would never go to Saudi Arabia because of the lack of human rights.” @SInow @diarioas 🇸🇦 pic.twitter.com/RI2obkMWYO
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) August 31, 2023
Peminat Arab Saudi mengingatkan Kroos jangan lupa apa yang negaranya pernah buat kepada dunia sebelum ini.
Sambil menegaskan bahawa Saudi antara negara yang paling selamat di dunia. Undang undang dibuat sesebuah negara adalah untuk dihormati.
Kroos tetap memberikan respon tenang kepada boo yang dia terima sambil menyatakan: “Ianya sangat menyeronokkan hari ini. Sorakan penyokong hebat sekali.”
Toni Kroos has been very outspoken and also called players 'embarrassing' for leaving to sign for clubs in Saudi last summer.
Last night, the full stadium booed him every time he touched the ball.
This was his response after game… gotta love him 😂 pic.twitter.com/22Bz7agTJ7
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 11, 2024
Walaupun Kroos menuduh negara Arab Saudi tidak menghormati hak kebebasan. Dia masih tetap dibenarkan bermain di sana walaupun terang terang memperjuangkan pelangi dan juga pernah mengecam negara tersebut dari sudut politik.
Dan ketika Real Madrid meraikan kejayaan menjuarai Piala Super Sepanyol. Kroos menolak untuk memakai jersi 13 khas yang dibuat dengan tulisan Arab. Ini kerana dia mengkritik negara itu yang tak menyokong pelangi.
Lalu dia kekal dengan jersi biasa.
❌Toni Kroos, İspanya Süper Kupa Finali'nde kupa seromonisi öncesi takıma giydirilen, 13. kez kupayı kazanmayı simgeleyen Arapça yazılı özel formayı giymeyi redddetti.
(ElDesmarque) pic.twitter.com/Cnqk67oCb6
— Tribun Dergi (@tribundergi) January 16, 2024
Kroos masih lagi tidak mahu mengalah dalam kritikannya kepada Arab Saudi.
Sebelum ini skuad Jerman turut membuat beberapa siri protes kepada hak kemanusiaan di beberapa negara Arab. Termasuk protes tutup mulut di Qatar 2022.