Kroos Kongsi Malam Paling Teruk, Dibelasah, Kaki Berjahit Dan Terpaksa Mengadap Muka Pique

Ia adalah malam yang menyedihkan untuk Los Blancos kerana mereka dibantai di halaman sendiri oleh musuh sengit mereka, tetapi ia hanya menjadi lebih teruk untuk Kroos selepas sepenuh masa.

Toni Kroos ada malam yang perlu dilupakan pada hari Ahad lalu ketika pasukannya, Real Madrid mengalami kekalahan 4-0 di tangan Barcelona.

Pertembungan el Clasico di Santiago Bernabeu tidak mungkin menjadi lebih buruk untuk kelab ibu kota itu Sepanyol itu, kerana mereka dikuasai sepenuhnya oleh pesaing abadi mereka Barcelona.

Aksi Kroos dipendekkan kerana dia terpaksa digantikan pada separuh masa, tetapi itu bukan penamat kesengsaraannya malam itu.

Pemain tengah itu mendapati dia mengalami kecederaan semasa pertembungan dan memerlukan jahitan, tetapi dia kemudian dipanggil untuk ujian doping, di mana dia terpaksa duduk bersama pemain dari Barcelona dalam satu bilik.

Kroos menyifatkan malam itu sebagai malam yang “pahit” dan dikongsikannya dalam sesi podacast yang dia hoskan bersama abangnya, Felix.

“Saya mengalami luka dan mereka terpaksa menjahit tibia saya dengan tiga jahitan,” kata Kroos.

“Ada darah mengalir tetapi saya tidak menyedarinya dalam permainan.

“Selain keputusan yang teruk dan kecederaan, malam saya benar benar berakhir, apabila doktor memaklumkan saya dipilih untuk pemeriksaan doping secara rawak.”

Ianya prosedur biasa bagi mana mana pemain. Cuma Kroos pada hari itu merasakan itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kemudian ditimpa pula bumbung yang roboh.

“Itu melengkapkan malam malang itu, dengan duduk di sana selama satu setengah jam dalam pusat kawalan doping.”

“Saya mendapati diri saya bersama Gerard Pique dan Jordi Alba. Kami tidak bercakap. Vinicius Junior dan saya adalah orang yang kalah [loser] dan saya tidak sabar untuk keluar dari sana.”

Apa yang seterusnya untuk Real Madrid?

Kekalahan itu menamatkan rekod kemenangan empat perlawanan dalam La Liga untuk pasukan Carlo Ancelotti.

Mereka berada sembilan mata di hadapan pasukan di tempat kedua Sevilla dalam carta liga, dengan Barca kini ketinggalan 12 mata di belakang mereka.

Perlawanan seterusnya Madrid menentang Celta pada 2 April, dan Kroos berkata pasukannya mesti bangkit dan memastikan mereka menamatkan musim ini sebagai juara.

“Kita kena angkat kepala semula, dan mendongak kembali,” katanya.

“Musim ini sangat baik setakat ini, kami bermain dengan sangat baik dan masih ada dua bulan lagi di mana kami tidak boleh membenarkan apa yang berlaku daripada mengubah haluan kami.”

“Kami mempunyai banyak peluang untuk gelaran kejuaraan liga.”

Barcelona menjadikan kemenangan ini sebagai tonik berharga untuk meneruskan rentak cemerlang mereka dalam beberapa perlawanan ini. Kehadiran pemain seperti Pierre Emerick Aubameyang benar benar membantu Barcelona mengubah prestasi mereka.

Barcelona pastinya mahu layak ke UCL musim hadapan. Dan ketika ini peluang mereka sangat cerah.