Kroos: ‘Pemergian Messi Membuatkan Barcelona Makin Lemah & Mbappe Datang Ke Real Madrid’

Pemain tengah Jerman, Toni Kroos sekali lagi membuat kenyataan panas. Kali ini beliau menyindir Barcelona tentang perpindahan Lionel Messi.

Menurut Kroos, pemergian Messi dilihat boleh membawa Barcelona kepada kehancuran kepada kelab itu, dan pada masa yang sama mungkin memberikan sesuatu yang besar buat Real Madrid.

Ini kerana Kroos melihat ketiadaan Messi akan membuatkan Barcelona menjadi lemah dan pada masa yang sama sudah melihat perakara akan membuka jalan kepada Kylian Mbappe datang ke Real Madrid.

Messi, 34 tahun, menyertai PSG secara percuma selepas FFP menghalang pemain itu daripada didaftarkan.

“Kita akan tengok bagaimana perkara ini akan berlaku. Mungkin perpindahan Messi itu memberikan manfaat kepada kami kerana pesaing terbesar kami baru kehilangan pemain terbaik mereka,” kata Kroos dalam siri podcast Einfach Mal Luppen.

“Dan mungkin akan lebih banyak lagi perkara yang bagus akan kami nikmati hasil daripadanya. Mungkin, ada seorang pemain dari Paris itu akan menyertai kami, saya tak tahulah, namun situasi Messi ini keseluruhannya langsung tidak memberikan kesan buruk kepada kami,” tambah beliau lagi yang yakin akan teori domino pemergian Messi itu kepada Barcelona dan Real Madrid.

Mbappe kini memasuki tahun akhir kontraknya. Masih belum melanjutkan kontrak beliau lagi. Pemain tersebut dikaitkan dengan Real Madrid sejak musim lalu lagi.

Real Madrid sedia untuk mendapatkan Mbappe secara percuma jika pemain itu terus memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya.

Pada Januari nanti, Mbappe bebas bercakap dengan mana mana kelab, kerana peraturan Bosmann menyatakan bahawa pemain yang kurang enam bulan daripada tarikh free agent boleh berunding terus dengan mana mana kelab lain tanpa memerlukan persetujuan kelab semasa.

Namun presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sudah menyatakan bahawa PSG yakin Mbappe akan kekal. Malah menegaskan bahawa penandatanganan Messi juga akan membantu untuk meyakinkan Mbappe kekal, bukan sebaliknya.

Khelaifi berkata: “Apa masa depan Mpappe? Semua orang tahu kami mahukan beliau terus bersama kami. Dia sentiasa mahu kami memiliki pasukan yang kompetitif.”

“Dan sekarang kami ada pemain paling kompetitif di dunia [Messi] ada bersama kami, jadi tidak ada alasan untuk beliau nak pergi sekarang. Dia boleh melakukan apa sahaja dia mahukan, asalkan dia kekal.”

Seterusnya Toni Kroos tidak bersetuju dengan Angel Di Maria yang memilih Messi sebagai pemain terbaik di dunia ketika ini berbanding Ronaldo.

Bercakap kepada siaran tv Argentina, TyC Sports, Di Maria berkata: “Messi adalah makhluk dari planet lain. Kamu baling batu kat dia pun, dia akan mampu mengawalnya dengan kakinya.”

“Dia menewaskan manusia lain di atas padang seperti tidak ada apa. Messi berfikiran lebih pantas daripada manusia lain. Saya tak pernah melihat sesuatu seperti itu.”

“Saya sudah bermain bersana Cristiano, Neymar, [Kylian] Mbappe, [Wayne] Rooney, [Robin] Van Persie, [Zlatan] Ibrahimovic, [Karim] Benzema, [Gareth] Bale dan jujurnya saya tidak pernah melihat mana mana pemain seperti Messi.”

“Kualiti dan kuantiti yang dimiliki PSG sekarang sangat unik. Ianya jarang berlaku kepada mana mana klab lain. Dan pemain pemain terbaik sentiasa mahu bermain untuk yang terbaik.”

“Sudah pastinya, Cristiano Ronaldo pun teringin untuk datang ke sini, namun kelab telah membahawa Messi, ianya jauh lebih baik.”

Kroos dalam podcast yang sama menegaskan bahawa dia menilai Cristiano Ronaldo adalah pemain lebih baik daripada Lionel Messi.

“Sejak hari pertama saya bermain bola sepak, Cristiano Ronaldo sentiasa menjadi yang terbaik sepanjang zaman. Sudah tentu saya akan bias dalam benda ni, namun dia melakukan banyak perkara dan sumbangan penting untuk kami memenangi banyak piala.”

“Ianya sangat mengujakan dan menggembirakan sekali dapat bermain bersama Ronaldo.”

“Kami bukan sahaja rakan sepasukan masa tu, malah kami adalah jiran di loker persalinan dan di kediaman kami. Rumah dia sebelah rumah saya.”

“Melihat betapa sempurnanya dia sebagai seorang pemain adalah perkara luar biasa.”

“Sebab itu pantang sekali saya akan menyebut Messi pemain terbaik sepanjang zaman.”

Baca yang lain