Toni Kroos terlibat satu lagi kontroversi berkaitan dengan komen beliau tentang Arab Saudi.
Sebelum ini Toni Kroos menolak untuk bermain di Arab Saudi kerana menurutnya, negara itu paling kurang rasa kemanusiaan.
Dia berkata begitu kerana Arab Saudi adalah negara yang menentang hubungan sejenis.
Toni Kroos on players moving to Saudi Arabia: “They go for money, they are going against football. Things are getting difficult for the football we all know and love. I would never go to Saudi Arabia because of the lack of human rights.” @SInow @diarioas 🇸🇦 pic.twitter.com/RI2obkMWYO
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) August 31, 2023
Kemudian Kroos juga memperlekehkan pemain muda Gabri Veiga menyertai Liga Saudi sebagai memalukan.
Kerana menurutnya liga Arab Saudi hanyalah tempat yang menawarkan wang yang banyak namun tidak berkualiti.
“Latar belakang bola sepak di Saudi, saya rasa tidak bagus untuk pembangunan bakat muda yang meninggalkan pembangunan mereka. Perlawanan besar dan perlawanan berkelas dunia di erppah, itulah yang mereka nikmati di eropah, berbanding memilih wang di Arab Saudi.”
Kroos menerima bunyi boo ketika separuh akhir Piala Super sepanyol, setiap kali dia menyentuh bola.
Selepas tamat perlawanan Kroos telah menulis: “Seronok hari ini, sorakan penyokong yang hebat.”
🇸🇦 If Saudi fans are booing Toni Kroos because of his statements regarding human rights and players receiving crazy wages to go and play there,
I STAND WITH TONI KROOS 👏#RealMadridAtleti pic.twitter.com/C4O9gtuQAV
— Jorge López-Torrecilla (@JLTorrecilla_) January 10, 2024
Dipetik daripada Marca, Kroos menyatakan dia sebenarnya tidak tahu pun ejekan itu ditujukan kepadanya. Dia hanya tahu selepas dia berterusan menerima ejekan.
Kroos berkata: “Saya tak sangka langsung. Saya sendiri tak fikir ianya ditujukan kepada saya.
“Kemudian baru saya sedar itu ditujukan kepada saya. Saya pun ada mendengar ejekan itu pada beberapa detik di final. Awalnya memang saya tak syak langsung mereka ejek saya.
“Lepas tu saya melihat ke arah curva, barulah saya tahu itu memang ditujukan untuk saya.
“Saya boleh cakap dengan seikhlas hati saya, saya tak terganggu langsung pun dengan ejekan itu. Ia tak kacau permainan saya. Malah sebaliknya, itu pengalaman yang menyeronokkan.”
Toni Kroos once said it was “shameful” and “embarrassing” that a player moved to Saudi Arabia.
It seems that Saudi fans don’t forget.
At today’s match in Riyadh, he was booed by thousands of Saudi “bots” every time he touched the ball 😉 pic.twitter.com/5Ww4B5XvnW
— Saud Salman AlDossary | سعود بن سلمان الدوسري (@999saudsalman) January 11, 2024
“Saya kemudian mendengar ejekan itu semakin lama semakin berkurangan. Atmosfera pun jadi membosankan,” tegas dia sambil ketawa.
“Ketika saya digantikan, semua orang bergabung semula dan mengumpul kekuatan semua untuk mengejek saya lagi. Itu betul betul seronok.
“Apabila kamu dah biasa dengan ejekan seperti itu, kamu hanya mampu tersenyum. Boo itu ibarat telah mengiktiraf kenyataan saya sebelum ini.”
Kroos turut terkejut kerana dia melihat stadium hari itu penuh dengan warna putih, warna Real Madrid. Dan itulah pertama kali dia menerima ejekan seperti itu daripada penyokong Madrid sendiri.
Ketika menerima medal kejuaraan Kroos juga dilihat menolak memakai jersi khas dengan nombor 13 yang ditulis dengan tulisan Arab. Kerana dia tidak setuju dengan pandangan politik negara itu.