Kroos Tak Simpati Langsung Dengan Situasi Hazard

Eden Hazard berkemungkinan besar akan terlepas Clásico kesebelas berturut-turut pada petang Ahad.

Sejak dia menyertai Real Madrid pada 2019, dia tidak pernah bermain menentang Barcelona. pedih bukan?

Menjelang perlawanan teratas, laman sukan, Eleven Sports menemuramah pemain tengah Toni Kroos dan jurulatih Carlo Ancelotti.

Kroos kemudian menyatakan bahawa dia tidak simpati sama sekali dengan situasi Eden Hazard.

Kerana menurutnya dalam bola sepak, memang tiada istilah belas kasihan atau simpati. Yang ada hanyalah persaingan yang sengit.

Kerana untuk tahap yang dilalui Hazard sekarang ini, ianya masih tidak layak untuk diberikan simpati. Situasinya tidaklah terlalu teruk.

Kroos menyokong tindakan Ancelotti yang tidak menurunkan Eden Hazard atas dasar simpati semata mata.

“Kasihan atau simpati, perkataan yang tidak wujud dalam dunia bola sepak,” kata Kroos.

“Sudah tentu ia adalah satu situasi yang sukar, tetapi kasihan atau simpati memang tiada dalam bola sepak,” kata Toni Kroos yang jujur.

Kroos tidak rasa Hazard seorang pemain yang bermasalah dengan gaya hidupnya. Walaupun ada beberapa laporan menyebut Hazard seorang yang terlalu santai dengan gaya hidupnya dan tidak menjaga pemakanan serta berat badannya.

Kroos menambah: “Saya tidak percaya Eden mempunyai kehidupan yang teruk. Anda hanya boleh berasa kasihan kepada orang yang mengalami situasi lebih teruk daripada dia.”

“Ini bukan soal wang, saya tidak kasihan pada sesiapa pun dalam bola sepak.”

“Ia adalah situasi yang sukar, ya. Dan ia sudah lama berlaku. Tetapi pada akhirnya, setiap orang bertanggungjawab sebahagian daripadanya untuk keadaan mereka sendiri.”

“Saya mengenali Eden dengan baik, kami sering bersama. Tetapi saya kasihan kepada orang yang mengalaminya dengan sangat teruk dan Eden bukan salah seorang daripada mereka”, kata Kroos membuat kesimpulan.

Ancelotti turut menyatakan bahawa dia tidak ditugaskan untuk sewenang wenang memberikan minit permainan kepada setiap pemain.

Ancellotti berkata: “Saya tidak di sini untuk memberikan minit kepada setiap pemain”

“Keadaannya agak rumi. Dari segi bakat, Hazard mempunyai hak untuk bermain. Tetapi dalam kelab besar ada persaingan.”

“Saya di sini bukan untuk memberi minit kepada setiap pemain, saya di sini untuk memenangi perlawanan.”

“Saya juga tidak melihat berapa banyak pendapatan pemain atau berapa umurnya. Seperti yang saya katakan: Saya menubuhkan pasukan untuk memenangi perlawanan, tidak lebih daripada itu.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.