Kroos Tetap Enggan Bermain Di Qatar Sebab Tak Demokrasi, Menindas Pekerja Asing & Kaum ‘Kunyit’

Playmaker veteran Jerman, Toni Kroos tidak akan mengubah pendiriannya tentang persaraan daripada skuad kebangsaan dan memboikot untuk bermain di Piala Dunia Qatar 2022 secara peribadi.

Kroos kini merancang untuk bersara bersama dengan Real Madrid. Kelab yang dia sertai dari Bayern Munich pada 2014, sejurus selepas membantu Die Mannschaft menjulang Piala Dunia di Brazil pada tahun itu.

Namun setelah menggantung kasutnya untuk pasukan kebangsaan selepas tersingkir pada pusingan 16 terakhir Euro 2020 tahun lalu di tangan England, Kroos mengakui dia akan bersara secara penuh di peringkat domestik selepas ini.

“Saya percaya bahawa tahun 2023 adalah sesuai [untuk bersara],” kata Kroos. “Saya akan berumur 33 tahun pada masa itu.”

“Saya akan memutuskan sama ada saya akan memperbaharui untuk satu atau dua musim. Itu masih terbuka untuk perbincangan, tetapi saya benar-benar yakin bahawa saya akan bersara di Real Madrid.”

Tahun lalu Kroos menyatakan bahawa dia tidak mahu bermain di Piala Dunia Qatar kerana tidak bersetuju dengan negara tersebut dari sudut kemanusiaan dan negara tersebut bukan negara demokrasi.

Selepas tamat Euro 2020, dalam kenyataan rasmi pengumuman persaraannya, Kroos berkata: “Saya sudah bermain 106 kaps untuk Jerman. Dan tiada masa yang lebih baik untuk bersara.”

“Saya sudah membuat keputusan bersara selepas kejohanan ini. Dan keputusan yang saya buat adalah tetap!”

Kini Kroos mengulangi pendiriannya tentang keengganannya bermain di Piala Dunia Qatar 2022, walaupun dipanggil semula oleh Hansi Flick.

Ditanya, sama ada dia mungkin akan memikirkan untuk menamatkan kariernya pada Piala Dunia 2022, jika ianya diadakan di negara demokrasi?

Jawapan Kroos adalah: “Ya! Namun sekarang ini saya boleh melakukannya dengan lebih bermoral [memboikot secara peribadi untuk beraksi di Qatar 2022]. Namun secara seriusnya, saya benar benar penentang tegar kepada penganjuran Piala Dunia di Qatar. Ini adalah keputusan yang salah daripada FIFA.”

Kroos mengkritik Qatar dalam mengendalikan hal ehwal kebajikan pekerja asing dalam projek pembinaan perkampungan Piala Dunia.

Walaupun Kroos secara peribadi memboikot untuk beraksi di Piala Dunia 2022, namun dia tidak menyokong negara negara dalak konfederasi FIFA memboikot daripada beraksi di Qatar 2022.

“Kamu harus tegas dna jangan berselindung dalam hal persekitaran tempat kerja. Ini berkaitan dengan kebajikan ramai pekerja di Qatar, termasuk pendatang asing yang bekerja di sana. Mereka bekerja tanpa henti, kadangkala pada suhu 50 darjah celsius. Selain itu mengunyit pun satu kesalahan jenayah di sana.”

“Mereka [para pekerja] menderita kekurangan nutrisi, kurang air minuman, ini adalah gila, terutama sekali pada suhu seperti itu. Kesannya, keselamatan di tempat kerja tidak terjamin. Penjagaan kesihatan pekerja tidak ada dan kadangkala berlaku pekerja pekerja ini dianiaya.”

“Semua perkara ini tidak dapat diterima. Tak perlu mendengar 2 pendapat untuk perkara seperti itu. Salah tetap salah.”

Ditanya, adakah dia mendesak negara Jerman atau negara lain memboikot Piala Dunia Qatar. Kroos berkata:

“Apa gunanya memboikot pertandingan seperti itu? Adakah ianya akan membantu menjadikan keadaan di sana lebih baik? Adakah ia akan mengubah persekitaran kerja mereka? Saya rasa tak!”

“Bermakna, boikot tidak banyak mengubah keadaan berkaitan persekitaran tempat kerja. Menghadiahkan mereka hak penganjuran, pada pandangan saya adalah satu kesilapan. Namun itu sudah berlaku 10 tahun lalu.”

“Bola sepak boleh dan harus memberikan perhatian kepada masalah masalah ini. Terutama sekali dengan pengaruhnya. Namun bola sepak bukan satu satunya pihak yang bertanggungjawab untuk menjadikan dunia lebih baik.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.