Kualiti ‘Pertahanan Akhir’ KL City Menjadi Perkara Paling Menarik Dalam Pertemuan Menentang Perak

Perak 0 Kuala Lumpur 0

Perak turun dengan memikul beban besar selepas kehilangan ramai pemain utama pada jendela pertengahan musim akibat masalah kewangan yang dihadapinya.

Ia berlaku selepas situasi politik di negeri itu tidak stabil dan sudah pasti merencatkan perjalanan Perak musim ini. Ia berikutan masih banyak pasukan di Malaysia bergantung dari dana kerajaan negeri.

Turun menentang Kuala Lumpur City (KLC) bermakna Perak akan menentang 2 bekas pemain utamanya iaitu Kenny Pallraj dan J.Parthiban.

Dalam masa yang sama Perak perlu berjuang untuk mengekalkan statusnya sebagai pasukan tunggal yang tidak pernah jatuh ke divisyen 2 sejak liga profeional diperkenalkan.

Namun tugas itu tidak mudah kerana selain dari UiTM tidak ada pasukan lain yang benar-benar boleh dianggap lemah. Sri Pahang, Melaka United, Sabah, Petaling Jaya City termasuk KLC masih mempunyai kualiti untuk terus kekal di Liga Super.

Selepas perlawanan malam tadi Perak telah keluar dari zon penyingkiran dengan memintas Melaka United yang akan turun menentang Terengganu malam ini.

Sudah tentu Perak berharap Terengganu meneruskan momentumnya untuk memberi cabaran kepada JDT dalam merebut kejuaraan selain tidak mahu Melaka United kembali memotonngnya.

Pada perlawanan malam tadi, peminat hanya menyaksikan 6 percubaan tepat, majoritinya dari percubaan jarak jauh namun kedua-dua pasukan berpeluang menjadi pemenang jika tidak mensia-sia peluang terbaik yang dimiliki pada lewat perlawanan.

Berikut 5 perkara yang boleh disimpulan tentang apa yang berlaku dalam perlawanan tersebut

Pertahanan akhir Kuala Lumpur City cermerlang
Gallifuoco melakukan kuisan kritikal sebelum Farid melakukan sesuatu ke atas bola

Selain Daniel Ting, baki lagi 3 pemain pertahanan KLC mempunyai detik cemerlang untuk menggagalkan ancaman terbaik dari Perak dalam memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi.

Pada babak pertama Irfan Zakaria melakukan 3 blocking untuk menghalang bola dari terus menuju ke gawang pasukannya dan Irfan juga berjaya memintas larian dari Nana Poku yang berjaya memecah masuk ke dalam kotak penalti.

Jika tidak, Poku hanya akan berhadapan dengan Kevin Mendoza dan sudah pasti peluang untuk penyerang import itu menjaringkan sangat tinggi.

Irfan meneruskan aksi cemerlang di babak ke-2 apabila dia sekali lagi melakukan 2 blocking ketika Perak mula agresif menyerang pada setengah jam terakhir perlawanan.

Perak hampir mendapat gol pendahuluan yang berpunca dari sepakan sudut yang ditanduk oleh Charlie Marcell. Bola tersebut menewaskan Mendoza dan menuju ke dalam gawang tetapi sempat diselamatkan oleh Nik Shahrul.

Giliran Gallifuoco mendapat detik hebat apabila dia melakukan tolakan kritikal bola dihadapan kaki Farid Khazali di depan kotak 6 ela sebelum pemain itu sempat melakukan percubaan.

Aksi cemerlang dari 3 pemain pertahanan KLC ini menjadi punca utama pasukannya tidak kalah.

Barisan depan gagal menggunakan peluang terhad yang dimiliki
Peluang Fakrul Aiman pada minit akhir perlawanan

Walaupun Perak hanya mempunyai 3 percubaan tepat dan KLC juga 3 namun terdapat beberapa peluang besar tidak dicatat dalam statistik ini.

KLC boleh menutup perlawanan dengan kemenangan jika pemain gantian, Fakrul Aiman Sidiq lebih tenang ketika menerima hantaran dari Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-90 permainan.

Fakhrul hanya berhadapan dengan Azri namun dia agak terburu-buru melepaskan percubaan melangit dan ia menjadi satu penyesalan besar kepada KLC untuk menewaskan Perak, pasukan yang baharu sahaja dibelasah oleh Terengganu.

Peluang terbaik yang dimiliki oleh Perak ketika Farid hanya berhadapan dengan Mendoza tetapi dia agak lambat sekurang-kurangnya melakukan kuisan sebelum diganggu oleh Gallifuoco. Kedua-dua peluang besar ini tidak ada dalam statistik percubaan tepat.

KLC menguasai 25 minit pertama, Perak bahaya 30 minit terakhir dan cerita Long Shot

Kuala Lumpur City lebih banyak melakukan serangan terutamanya pada 25 minit pertama, Irfan Zakaria 2 kali melakukan rembatan jarak jauh (tepat) yang mencemaskan Perak sehingga memaksa Azri perlu fokus dan berada di posisi yang betul.

Selepas 25 minit, tiada sebarang percubaan yang berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Memasuki babak ke-2, KLC kembali menemui rentak seperti apa yang dilakukan pada awal babak pertama dan Zhafri sekali lagi melepaskan percubaannya jarak jauh. Pemain tengah ini betul-betul mempunyai ketepatan tinggi dalam melakukan percubaan jarak jauh.

Bagi Perak, Izzudin Roslan juga melakukan perkara yang sama tetapi percubaannya banyak tersasar. Secara keseluruhan terdapat 16 percubaan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan majoritinya di luar kotak penalti dan tidak tepat.

Aksi lucu dari Machell

Mahu tidak mahu aksi pra-keraian gol dari Machell antara detik menarik, tidak pasti ia keraian atau mahu memberi isyarat kepada pengadil takut-takut ada sesuatu yang berlaku di dalam kotak penalti.

Tetapi tiada sesuatu yang pelik berlaku selain bola tandukannya sudah menewaskan penjaga gol.

Machell cukup yakin bola tandukkannya akan masuk atau sudah masuk ke dalam gawang namun ulang tayang jelas menunjukkan bola tersebut diselamatkan oleh Nik Shahrul.

Kehadiran Partiban dan Pallraj belum memberi impak besar kepada KLC

KLC turun tanpa pemain utamanya iaitu Akram Mahinan. Pemain ini merupakan sebahagian dari pasukan KLC yang melakukan kebangkitan untuk kembali ke Liga Super.

Tempatnya diisi oleh bekas pemain Perak sementara itu Partiban mengenepikan Hadin Azman dengan Romel Morales bertindak sebagai sayap kiri pasukan.

Dari sudut tanpa bola, Kenny gagal memberi tekanan kepada pemain tengah KLC, Zhafri Yahya dan Paulo Josue yang membolehkan pemain ini mempunyai ruang dan masa melakukan percubaan jarak jauh.

Sementara itu Partiban hanya menyumbang 2 hantaran  lintang berkualiti -dimana ini merupakan kekuatan utamanya.

Pada hujung minggu ini Perak akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Sebarang kekalahan akan memburukkan lagi keadaan yang boleh membawa rekod tanpa menang dalam 3 perlawanan selepas liga disambung.

KLC pula akan menunggu kunjungan Melaka United, dimana Perak sekali lagi berharap KLC menjadi pemenang dalam perlawanan itu.