‘Kuasa Baru Badminton Dunia’, Netizen Menganjing Kemboja Menang Emas Berpasukan Campuran

Acara badminton berpasukan campuran dalam sukan SEA 2023 sangat kontroversi.

Acara badminton dalam Sukan SEA kerapkali dianggap sangat berprestij. Memandangkan negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand malah Singapura pernah melahirkan jaguh dunia dalam pelbagai kelas.

Namun kali ini Kemboja memilih untuk mempersetankan prestij tersebut dan mementingkan emas.

Kemboja memutuskan bahawa acara berpasukan campuran kali ini hanya boleh disertai negara tier 2 dalam badminton.

Maka dikenakan larangan ke atas negara lain seperti Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura malah Vietnam dan Filipina sekalipun.

Mereka meminta agar majoriti negara Asean menyokong peraturan baharu itu. Hanya 5 negara sahaja boleh bertanding acara itu iaitu Kemboja, Myanmar, Laos, Brunei dan Timor Leste.

Kemboja mengancam akan tidak mempertandingkan acara badminton secara keseluruhannya, jika negara lain tidak menyokong idea agar acara berpasukan campuran diadakan dengan peraturan khas.

Ini juga bermaksud, jaguh dunia dari negara seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia tidak akan beraksi dalam Sukan SEA 2023 dalam acara berpasukan campuran.

Mereka menggunakan alasan, ini untuk memberikan peluang kepada negara yang tidak kuat dalam badminton merasai peluang untuk menjadi pemenang pingat dan membantu pembangunan badminton di negara tersebut.

Vietnam antara negara yang kurang berpuas hati dengan peraturan ini kerana mereka turut diharamkan menyertai acara tersebut. Sedangkan dalam sejarah, Vietnam tidak segah Indonesia atau Malaysia. Mereka hanya memenangi beberapa pingat sahaja.

Hasil daripada peraturan khas ini, Kemboja berjaya mara ke final buat pertama kali dalam acara beregu campuran. Mereka akan menentang Myanmar dalam final pada 11 Jun ini.

Hanya Kemboja, Myanmar, Brunei. Laos dan Timur Leste sahaja yang dibenarkan bertanding acara ini.

Dan semalam, Kemboja menewaskan Myanmar untuk menjadi pasukan baharu yang pernah memenangi emas acara tersebut.

Netizen tidak melepaskan peluang memberikan komen sinis, menggelarkan Kemboja adalah kuasa baru badminton dunia. Ini kerana bukan mudah nak menang emas badminton Sukan SEA.

Ada yang menyataka ini adalah amaran kepada kuasa badminton dunia seperti China, Jepun dan Indonesia agar waspada dengan gergasi baharu arena badminton.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.