Kuasa Peminat Chelsea, Undian Best XI Semifinal Piala FA Semua Chelsea Termasuk Kepa

Sebentar tadi laman twitter rasmi Piala FA telah membuat undian siapakah pemain best XI daripada dua pasukan yang akan bertemu pada malam ini dalam aksi separuh akhir.

Agak mengejutkan apabila peminat peminat Chelsea telah membuatkan undian tersebut menjadi milik Chelsea sepenuhnya.

Paling mengejutkan adalah Kepa Arrizabalaga turut berada dalam undian pemain pilihan untuk XI terbaik pada pra perlawanan.

Seterusnya tiada tempat untuk dua bek tengah yang dianggap terbaik dalam liga musim ini iaitu John Stones dan Ruben Dias.

Kevin De Bruyne menyerahkan kedudukannya kepada Mason Mount di tengah. Sementara itu Raheem Sterling gagal untuk menewaskan Pulisic.

Timo Werner yang tidak bermain baik dalam beberapa bulan ini juga turut berada dalam senarai.

Berikut adalah kesebelasan utama pilihan: Kepa Arrizabalaga, Reece James, Thiago Silva, Rudiger, Ben Chilwell, Ngolo Kante, Mason Mount, Jorginho, Kai Havertz, Timo Werner dan Christian Pulisic dan Timo Werner.

Malah Twitter rasmi FA Cupt turut ketawa dengan dominasi peminat Chelsea ke atas City dalam undian tersebut yang membuatkan mereka menjadi all Chelsea.

Chelsea akan berhadapan dengan Manchester City dalam aksi separuh akhir malam ini.

Kedua dua pasukan dalam prestasi yang sangat baik. Ini adalah pertembungan sulung Tuchel dan Guardiola dalam aksi Piala FA sebagai pengurus

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai