Kucing Ini Ditahan Kerana Seludup Dadah, Simkad Ke Balai Polis Dan Melarikan Diri

Sri Lanka antara negara yang sedang serius memerangi masalah najis dadah di negara mereka.

Isu tersebut semakin sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa di Sri Lanka. Perang ke atas dadah sudah lama diisytiharkan oleh kerajaan.

Banyak juga kes yang sudah diselesaikan. Namun para pengedar dadah terus mencari inisiatif untuk melepaskan diri daripada terkantoi.

Terbaru, seekor kucing telah ditahan kerana terlibat dalam pengdaran dadah. Di mana kucing tersebut juga telah cuba untuk menyeludup kad sim yang digunakan untuk berhubung di antara pengedar dan penagih dadah.

Lebih memeranjatkan, kucing itu menjadi orang tengah di antara banduan di dalam penjara dengan pengedar dadah di luar.

Kucing itu masuk ke dalam penjara. Namun agak malang untuk dia pada hari itu. Kucing itu ditahan dengan beberapa gram her0in dan dua kad sim serta kad memori yang ditemui di dalam paket kecil.

Paket itu diletakkan pada lehernya. Perbuatan mencurigakan kucing itu diketahui oleh bahagian penyiasat khas ketika kucing itu cuba masuk ke dalam penjara Welikadi.

Penjara yang paling ketat tahap keselamatannya di Sri Lanka.

Ini apabila kucing tersebut telah ditahan ketika cuba menyeludup dadah dan kad sim tersebut. Namun terbaru, pihak polis mengesahkan kucing itu telah melarikan diri dari penjara.

Kini polis masih memburu kucing tersebut. Dan polis tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berkenaan dengan perkara tersebut.

Bukan senang nak melatih kucing melakukan kerja sebegitu.

Seorang pengguna twitter menyatakan bahawa pengedar dadah Sri Lanka lagi bijak daripada CIA.

Ryn berkata: “Jika korang boleh latih kucing menyeludup dadah dan kad sim, maka korang lebih bagus daripada CIA dalam mengendalikan kucing.”

“Berbalik pada tahun 1960-an, CIA ada satu projek dipanggil Acoustic Kitty yang mereka mahu gunakan mengintip Kremlin, namun ianya dibatalkan kerana mereka merasakan susah nak mengawal kucimg.”