Kudus Anggap Neymar Tidak ‘Lebih Bagus’ Daripadanya: “Dia Cuma Lebih Popular Je”

Pemain Ghana, Mohammed Kudus memperlekehkan Neymar yang seringkali digelar pemain berkelas dunia. Menurutnya, Neymar tidaklah terlalu hebat kalau mahu dibandingkan dengannya. Cuma Neymar lebih popular.

Kudus berkata: “Neymar tidaklah lebih baik daripada saya. Dia cuma pemain berprofil tinggi, itu sahaja. Dia Neymar, kapten pasukan Brazil dan superstar. Saya, Mohammed Kudus, pemain tengah berbakat dari Ghana dan superstar dalam pembikinan.”

Pada September lalu, Kudus dan Neymar pernah bertikam lidah di datas padang ketika aksi persahabatan antara Brazil dan Ghana di Le Havre.

Mohammed Kudus menambah: “Dia mempertahankan negaranya, saya pula mempertahankan negara saya. Saya tak akan biarkan dia sewenang wenang menolak saya sesuka hatinya.”

“Buat masa sekarang ini, memang dia mencapai banyak kejayaan. Namun saya sudah berjanji bahawa saya akan sampai di situ [berada di kemuncak] pada suatu hari nanti.”

Mohammed Kudus berharap dia akan berjumpa dengan Neymar sekali lagi di atas padang. Bergantung kepada kedudukan mereka dalam kumpulan G dan H dalam aksi Piala Dunia 2022.

“Kami boleh bertemu sekali lagi, YA! Saya mahukannya”

“Saya melawan Neymar episod kedua. Saya yakin dia akan menikmatinya juga.”

Mohammed Kudus akan berdepan dengan seorang lagi superstar iaitu Cristiano Ronaldo apabila Ghana akan membuka kempen mereka menentang Portugal. Diikuti aksi Korea Selatan berhadapan Uruguay.

Kudus mengakui prestasi mereka tidaklah begitu baik. Namun kejayaan menewaskan Switzerland dalam aksi pemanas badan sebelum ini sedikit melegakan mereka.

Dia menambah: “Kami tidak berada dalam prestasi terbaik sejak akhir akhir ini. Namun saya merasakan semangat pasukan ini sangat baik dan kami akan menjadi lebih baik dalam masa terdekat ini.”

“Mungkin bukan sekarang tetapi tidak lama lagi.”

Pemain berusia 22 tahun itu akan memakai nombor 20 kali ini. Dan berharap dia akan menjadi pewaris jersi no.10 untuk Ghana.

Ditanya sama ada dia tidak takut untuk memakai no.10 kerana jersi itu agak berat. Buat masa ini, nombor tersebut digunakan oleh kapten Andre Ayew.

Dia berkata: “Terlalu berat? Orang macam saya lebih berat daripada no.10 itu. Saya tidak takut dengan mana mana nombor.”

Baca yang lain