Ange Postecoglu memulakan permulaan luar biasa pada musim debutnya bersama dengan Spurs. Dia juga membentuk gaya permainan Spurs yang sangat menarik dan dinamik di atas padang.
Spurs kini sudah melalui 10 perlawanan EPL dan tak kalah dalam tempoh tersebut. Di mana skuad Ange Postecoglou mencatatkan 8 kemenangan dan 2 kali seri untuk berada di tangga teratas liga.
Sejak tiba di Spurs, Ange Postecoglou sudah memberitahu dia sukakan bola sepak menyerang berbanding hanya bertahan dan menahan asakan lawan.
Falsafah bola sepak dia di Celtic dijadikan alasan utama oleh Daniel Levy untuk membawa masuk Postecoglou ke Spurs pada masa itu. Kerana dia berjaya membuktikan kemampuannya untuk membentuk gaya taktikal moden dengan high pressing.
Prestasi Spurs pada hari ini sangat menggerunkan lawan mereka. Bermain dengan sistem permainan hantaran pendek yang pantas dengan kemampuan untuk menghasilkan gol yang luar biasa.
James Madisson dan juga Son Heung Min antara 2 pemain yang benar benar menikmati prestasi luar biasa di bawah Ange Postecoglou setakat ini. Mereka kehilangan Harry Kane pada jendela perpindahan lalu, namun Spurs setakat ini berjaya menampung kehilangan pemain tersebut dengan baik.
Bukan perkara mudah untuk kehilangan penyerang dengan ratusan gol liga seperti Kane. Namun aksi kolektif Spurs benar benar membantu mereka.
Dejan Kulusevski sempat berkongsi bagaimana personaliti pengurus asal Australia itu. Kulusevski berkata: “Postecoglou pengurus yang hebat. Dia bercerita tentang cerita kehidupan, bukan sahaja bola sepak.”
“Semua perkara sudah jelas ketika pra musim. Di sesi latihan di bawah Ange, ianya kelakar dan kami bekerja keras dengan bola, kami menekan banyak sekali. Pada masa yang sama kami juga belajar daripada beliau. Kami benar benar seronok.”
⚪️ Kulusevski: "Postecoglou, excellent manager. He speaks about life stories, not just football".
"It was clear already in pre-season, training sessions under Ange are funny and we work a lot with the ball, we press a lot. But also, we learn from him. We're really enjoying". pic.twitter.com/r6l1nmxHJi
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 30, 2023
Jika Spurs meneruskan prestasi semasa mereka, jelas sekali mereka akan mencabar kejuaraan liga pada musim ini. Aksi seterusnya Spurs akan menentang Chelsea dalam aksi Derbi London pada aksi Liga Perdana Inggeris 7 November akan datang.
Berdasarkan prestasi semasa kedua dua pasukan, Spurs jelas sekali skuad pilihan dalam aksi kali ini. Di mana Chelsea di bawah Pochettino masih bergelut dengan prestasi mereka.