Bintang Spurs, Dejan Kulusevski membidas pengadil perlawanan di Emirates yang dianggap membuat kesilapan besar.
Pengadil telah memberikan sepakan penjuru kepada Arsenal yang menjadi punca gol penyamaan skuad Arsenal.
Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas seteru Bandar London Utara mereka, Tottenham Hotspur.
Kapten Spurs, Son Heung Min meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-25 menerusi voli cantik.
Sebelum rehat separuh masa pertama, tandukan Gabriel terbias pada Dominic Solanke untuk gol pemyamaan. Dan gol ini diprotes oleh pemain Spurs yang merasakan bahawa mereka berhak mendapat sepakan gol bukannya sepakan penjuru untuk Arsenal.
Pada lewat separuh masa pertama, Leandro Trossard memastikan 3 mata milik Arsenal menerusi gol kemenangan minit ke-44.
Dejan Kulusevski tidak dapat menahan kekecewaannya. Di mana menurutnya, ini sudah kali ketiga mereka menjadi mangsa keputusan pengadil.
What's the point of VAR if they can't see these things? Arsenal's corner wasn't a corner kick. Look how quiet Arsenal fans are. If the decision had gone against them, we all know how noisy this platform would have been.#ARSTOT
— SHAYEE (@tier_firstt) January 15, 2025
“Mereka mendapat gol pertama daripada keadaan yang kami sepatutnya dapat sepakan gol. Itu yang kami patut dapat.
“Ini sudah 3 kali berlaku kepada kami musim ini,” tegas bintang Spurs itu lagi dengan wajahnya seperti mahu menangis.
Dejan Kulusevski was NOT HAPPY that Arsenal’s first goal was allowed to stand 😡
‘It’s happened now three games in a row.’
Full analysis 📊 https://t.co/ycKEPCkG1G pic.twitter.com/xQEpEwZPaD
— Optus Sport (@OptusSport) January 16, 2025
Kemenangan ini membolehkan Arsenal memintas Nottingham Forest di tangga kedua liga. Sementara Spurs terus bergelut berada di tangga ke-13 dengan kekalahan ke-11 mereka musim ini.
Ange Postecoglou kini mendapat kritikan daripada ramai pihak. Namun pengurusan tertinggi Spurs dilaorkan terus percaya kepada pengurus itu. Dan kedudukannya di Spurs sudah dijamin selamat.