BBC melaporkan sekumpulan hacker telah mencuri wang dari syarikat besar dan kemudian mendermakannya kepada beberapa badan kebajikan.
Kumpulan penggodam yang dipanggil Darkside itu telah mencuri jutaan dollar dan kemudian memberitahu mangsa mereka bahawa mereka mencuri untuk mewujudkan dunia lebih baik.
Dua buah pertubuhan kebajikan melampirkan bukti bahawa mereka menerima sekitar $10,000 dalam bentuk Bitcoin. Salah satu daripadanya adalah pertubuhan kebajikan Children International.
BBC dalam laporan mereka melabel kumpulan ini ibarat Robin Hood di mana mereka meberikan masalah dan melakukan kesalahan di sisi undang undang dan pada masa yang sama menegakkan nilai moral.
Darkside dalam post di blog mereka pada Oktober menyatakan, mereka akan menghantar serangan ransomware dengan mensasarkan syarikat besar yang meraih keuntungan tinggi. Mereka akan terus membiarkan virus itu berada dalam sistem komputer tersebut sehinggalah wang pampasan mereka terima.
Mereka menambah: “Kami berpendapat adalah adil sebahagian duit daripada syarikat minyak disalurkan kepada kebajikan.”
“Tak kiralah betapa kejinya pandangan kamu ke atas apa yang kami lakukan, tetapi kami sangat berbesar hati jika kamu faham bahawa kerja kami ini adalah untuk mengubah hidup seseorang.”
“Pada hari ini kami baru melengkapkan transaksi derma kami yang pertama.”
Namun pertubuhan Children International itu menyatakan mereka tidak akan menyimapn duit itu kerana ada kaitan dengan penggodam serta jenayah siber.
Darkside: Ransomware Operator Donates $20,000 To "Children International" And "The Water Project" Charitieshttps://t.co/AKYukIJhKB#databreach #databreaches #databreachesdigest #dataprivacy #cybersec #cybersecurity #infosec #cyberattack #hacked #malware #ransomware #darkside
— Data Breaches Digest (@db_digest) October 22, 2020
Children International adalah persatuan kebajikan kanak kanak yang aktif di India, Filpina, Colombia, Ecuador, Zambia, Dominican Republic, Guatemala, Honduras, Mexico dan Amerika Syarikat.
The Water Project antara pertubuhan kebajikan yang turut menerima wang derma daripada Darkside. Sebuah pertubuhan yang aktif dalam memperjuangkan bekalan air bersih di Sahara. Pertubuhan tersebut tidak memberikan sebarang komen ketika dihubungi BBC.
Berdasarkan informasi daripada blog mereka, Water Project juga menerima $10,000.
Brett Callow, Penganalisis Ancaman Keselamatan Siber di Emsisoft, berkata: “Tidak pasti apa motif penjenayah siber yang mendapat wang yang banyak kemudian mendermakannya? Mungkin nak mengurangkan rasas bersalah? Ataupun kerana ego nak menjadi Robin Hood.”
“Apa sahaja penjenayah siber yang mengambil tindakan seperti ini, bagi saya ianya luar biasa. Dan inilah pertama kali saya mendengar kumpulan ransomware mendermakan sebahagian wang yang mereka dapat kepada kebajikan.
Darkside adalah kumpulan hacker yang baru. Namun penganalisis matawang kripto mengesahkan mereka memang sangat aktif dalam mencari mangsa.
Mereka dikaitkan dengan kehilangan wang beberapa syarikat besar termasuk Travelex, yang dilaporkan teruk kena serangan ransomware pada Januari.
The Giving Block antara badan kebajikan yang menerima derma daripada mereka. Dan menyatakan mereka tidak tahu sumber wang itu daripada penggodaman.
Ini bermakna kumpulan Darkside sudah menderma sekurang kurangnya $30K dalam sekitar RM123K.
Sumber: BBC