Kung Fu Hustle 2 Akan Temui Peminat

Stephen Chow mengesahkan bahawa sekuel kepada filem legenda Kungfu Hustle akan menemui peminat.

Filem martial art yang berbentuk naskah komedi aksi ini memang sangat popular pada filem pertamanya dahulu pada 2004.

Korang pasti masih ingat dengan beberapa babak ikonik termasuk kumpulan kapak, akak tauke rumah sewa yang pailang yang membuatkan Stephen Chow berlari sambil tengok side mirror.

Filem pertama Kung Fu Hustle telah mengutip $17 juta di box office Amerika Syarikat dan $83 juta di seluruh dunia. Menjadikan filem ini mengutip sekitar $100 juta secara keseluruhannya.

Ketika itu kos pembikinan filem tersebut sekitar $20 juta. Ia telah menjadi salah satu filem Stephen Chow yang paling hits sepanjang zaman selain daripada Shaolin Soccer.

Dalam Kung Fu Hustle Stephen  Chow memegang watak Sing, seorang lelaki loser yang tinggal di China pada era 1930-an.

Beliau mahu mengubah nasibnya dengan cuba menyertai kumpulan gangster Geng Kapak.

Namun banyak halangan yang dia hadapi sehinggalah dia mendapat kuasa untuk menjadi seorang yang sangat handal berkungfu.

15 tahun selepas filem pertama tersebut, Stephen Chow mengesahkan bahawa sekuel kepada filem itu akan menyusul.

Chow membuat pengesahan itu ketika mempromosikan filem baharu beliau The New King Of Comedy (2019).

Stephen Chow berkata, beliau akan mulai mengarahkan Kung Fu Hustle 2 selepas projek seterusnya – sekuel filem The Mermaid – selesai penggambaran.

Namun, Chow menegaskan dalam filem Kung Fu Hustle 2, beliau mungkin akan hanya menjadi watak cameo.

Sekuel tersebut tidak akan berlatarkan tahun 1930-an tetapi pada masa kini. Oleh sebab itu Stephen Chow membayangkan filem itu, beliau bukan watak utama.

Namun begitu, ini bukan pertama kali Stephen Chow mengumumkan sekuel Kung Fu Hustle. Beliau pernah berbuat demikian pada 2005.

Akibat banyak projek ketika itu, Chow melupakannya. Harap kali ini dia tak scam lagi la. Bukan boleh percaya sangat Chow Sing Sing ni.

Peminat filem Kung Fu Hustle rata-rata sudah teruja mendengar manifesto Stephen Chow. Namun kena ingat manifesto bukan kitab suci tau.

Korang macamana? Tak sabar ke tu?

Sumber: Screen Rant

Baca yang lain