Kurang 24 Jam Selepas Jual Pemain Portugis, Wolves Hampiri Semedo Yang Juga Dari Portugal

Sebelum ini Wolves ada 10 pemain Portugal di dalam pasukan mereka. Namun semalam angka itu dikurangkan kepada 9 selepas Liverpool mendapatkan Diogo Jota.

Tak sampai 24 jam, Fabrizio Romano melaporkan Wolves kini selangkah lagi hampir mendapat Nelson Semedo dari Barcelona.

Bidaan rasmi sudah dihantar oleh Wolves dan mereka mahu menyelesaikan perpindahan ini secepat mungkin.

Agak menarik kerana sebelum ini Josep Maria Bartomeu menyatakan Nelson Semedo dalam senarai 7 ‘untouchable players’ yang tak akan dijual sama sekali kali ini.

Wolves dijangka akan membayar €40 juta untuk Semedo. Pemain yang sebelum ini dikritik hebat selepas aksinya berdepan dengan Bayern Munich di UCL.

Semedo merupakan seorang lagi pemain di bawah Gestifute yang diketuai oleh Jorge Mendes.

Gestifute sebelum ini sudah banyak membantu Wolves dalam mendapatkan pemain dari Portugal.

Semedo sudah bermain 13 kali untuk negaranya, Portugal dan 124 kali untuk Barcelona. Beliau baru sahaja berusia 26 tahun.

Nuno Espirito Santo sebelum ini pernah meluahkan bahawa beliau sedang mencari seorang pemain bek sayap.

Ini kerana Wolves Banyak bermain dengan sistem back 3.

Nampaknya Nelson Semedo adalah pemain yang memiliki ciri-ciri yang menepati kehendak beliau.

Ronald Koeman dalam proses untuk melepaskan dan menjual beberapa pemain yang tidak berada dalam perancangan beliau.

Arturo Vidal dan Luis Suarez antara yang sedang mencari kelab baru. Ini selepas kedua-dua pemain tersebut sudah dimaklumkan bahawa mereka tidak berada dalam perancangan.

Baca yang lain