Kurt Cobain: Legenda Grunge Yang Menentang Rasisme Dan Jenayah Rogol

20 Februari merupakan hari keputeraan legenda Grunge – Kurt Cobain.

Beliau merupakan bekas vokalis Nirvana. Selepas Cobain meninggal dunia, Nirvana turut berkubur sekali bersamanya.

Kerana menurut Dave Grohl, tidak mungkin akan ada Nirvana tanpa Kurt Cobain.

Kurt Cobain kerapkali digelar sebagai bapa muzik grunge ataupun pencetus.

Malah gaya Kurt Cobain pernah menjadi ikutan oleh muda mudi zaman dahulu, dengan gaya rambut, serta memakai jaket cardigan, jeans biru, serta t-shirt flannel.

Ketika bergelar artis, amat sukar untuk media mendekati Kurt Cobain. Hanya ketika sidang media rasmi sahaja. Selebihnya, Kurt Cobain sangat berahsia.

Sebab itu beliau dilaporkan kerap menyembunyikan kesakitan pada perutnya yang kronik termasuk daripada isterinya Courtney Love.

Tahukah korang, Kurt Cobain merupakan bekas office boy?

Perkara ini disahkan sendiri oleh rakannya Krist Novaselic. Di mana Novaselic kekadang tak percaya bahawa seorang legenda muzik itu pernah bekerja sebagai office boy biasa.

Membenci Rasisme

Siapa menyangka jika sosok Kurt Cobain yang seringkali dianggap artis tidak berdisiplin dan kaki dadah ini sebenarnya sangat bencikan rasisme.

Pada era Kurt Cobain, masalah perkauman di Amerika Syarikat sangat teruk. Dan Kurt Cobain sering mengingatkan hadirin yang hadir dalam konsert / show mereka dengan berkata:

“Kepada semua peminat kami, jika ada antara korang yang benci dan tak suka orang berkulit hitam, sila berambus dan tinggalkan tempat ini.”

“Dan jangan pernah datang lagi ke apa-apa acara kami. Serta jangan sesekali beli album kami. Saya tak kisah pun kalau orang macam kau tak beli.”

Kutuk jenayah rogol

Selain daripada sikapnya yang bencikan rasisme, Kurt Cobain juga sangat serius dalam memberikan kesedaran dan mengutuk jenayah seksual ke atas wanita.

Kurt Cobain mengutuk beberapa pihak yang menyalahkan mangsa kerana tidak mahu belajar mempertahankan diri apabila diserang.

“Ada beberapa kumpulan manusia ni bermasalah, di mana mereka nak suruh wanita belajar mempertahankan diri ketika berhadapan perogol.”

“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mendidikan lelaki agar tak merogol. Pergi ke pokok pangkalnya dan mulakan langkah pencegahan dari situ.”

Cobain bukannya menentang idea menyuruh wanita belajar ilmu pertahanan diri. Tetapi beliau kecewa dengan sikap beberapa orang di AS yang suka menyalahkan mangsa dan mencari apa sahaja alasan demi agenda mereka.

Salah satu quote beliau yang kontroversi dan bernanah didengar oleh perogol:

“Tahun lepas, ada seorang gadis dirogol oleh dua sperma dan telur buruk,  dan itulah yang terdapat di dalam lirik lagu Polly kami.”

“Saya sangat sukar menerima hakikat jika mendapat tahu ada plankton macam itu di kalangan penonton kami.”

Novoselic menyatakan lagu Polly antara lagu yang paling emosi dihasilkan oleh Kurt Cobain. Kerana dia sangat bencikan jenayah rogol yang berleluasa.

Mungkin Kurt Cobain bukanlah seorang wira yang datang menyelamatkan mangsa rogol dan mangsa perkauman.

Tetapi dia menjalankan tanggungjawabnya dengan memberikan kesedaran kepada dunia – dengan populariti yang dimilikinya.

Walaupun ada gaya hidupnya yang tidak boleh dijakikan role model, namun sikap Kurt Cobain dalam bersuara untuk menentang rasisme dan mempertahankan wanita seharusnya dipuji, sama seperti kita memuji karya muziknya.

Legenda!