Kvaratskhelia Tak Mahu Bazirkan Setahun Di Napoli Dan Minta Dijual Ke PSG

Ejen kepada Kvaratskhelia, iaitu Jugeli mendesak Napoli untuk menjual pemain itu ke PSG. Hal ini kerana menurutnya pemain itu mahu meninggalkan Napoli untuk PSG kerana mahu bermain dalam Liga Juara Juara Eropah.

Jugeli menafikan sama sekali Kvaratskhelia mahu berpindah ke PSG kerana wang. Sebaliknya atas alasan bola sepak semata mata.

Sebelum ini, Jugeli membuat ramai peminat Napoli marah kerana secara terbuka mendedahkan butiran bidaan PSG kepada umum. Di mana menurut ejen pemain itu: “Sudah ada tawaran €100 juta untuk Kvaratskhelia dari PSG. Terpulang kepada Napoli untuk menerimanya.”

Napoli jelas sekali tidak menunjukkan minat mereka untuk menjual penggempur tersebut. Dan kini ejennya tiba tiba mendesak kelab untuk menjual pemain itu selepas Euro 2024.

Dia menegaskan Kvaratskhelia mahu bermain di UCL setiap musim. Jika dia kekal di Napoli musim depan bermakna dia telah membazirkan setahun dalam kariernya tidak bermain di UCL. Ini kerana Napoli tidak layak untuk beraksi di UCL musim hadapan.

Jugeli berkata: “Kami mahu meninggalkan Napoli. Namun semua pihak masih menunggu sehingga Euro 2024 berakhir. Matlamat utama kami adalah bermain di Liga Juara Juara Eropah.

“Benda yang paling teruk jika terus kekal di sini adalah, Khvicha akan membazirkan satu tahunya tidak bermain di UCL kerana perkara itu. Ini membuatkan kami bimbang.”

“Dengan Conte bersama mereka. Napoli ada perancangan besar. Dan saya yakin mereka akan layak ke UCL musim seterusnya dan bersaing untuk merebut Scudetto. Namun itu buat bermakna Kvaratshelia mahu terus kekal di sini.

“Saya tak nak cakap tentang isu Kvicha, kerana paling penting ketika ini untuknya adalah pasikan kebangsaan.”