Kvicha Kvaratskhelia: Dibeli £9 Juta Dari Kelab Tak Ternama, Kini Menjadi Antara ‘Top Performer’ Di Eropah

Kvicha Kvaratskhelia kini semakin menarik perhatian ramai. Pemain Napoli itu sebenarnya tidak dikenali sebelum ini. Dia hanya dibeli dengan harga £9 juta daripada Dinamo Batumi pada musim panas yang lalin.

Kvicha Kvaratskhelia menjadi pemain yang menyusahkan Liverpool di dalam aksi UCL di San Paolo. Dan meneruskan lagi kecemerlangannya musim ini di peringkat domestik serta eropah.

Terbaru, dia memberikan aksi memukau ketika berdepan Ajax dalam saingan UCL. Di mana Napoli terus menjadi pasukan yang sangat produktif dalam UCL. Napoli menang 4-2 ke atas Ajax.

Kvicha Kvaratskhelia yang baru berusia 21 tahun itu kelihatan seperti pembelian pada harga lelong terbaik pada musim panas lalu.

Kvaratskhelia telah mendapat jolokan ‘Kvaradona’ di Naples, sebagai penghormatan kepada mendiang Diego Maradona.

Gaya permaiannya yang lincah dan laju membuatkan sangat sukar untuk pertahanan mengawalnya.

Hirving Lozano memberikan Napoli pendahuluan dalam masa empat minit. Selepas itu, Kvaratskhelia mencuri perhatian semua dengan persembahan luar biasanya.

Dia menjadi pencipta peluang gol kepada Giacomo Raspadori selepas ‘menari nari’ di garisan tepi, melepasi beberapa pemain pertahanan Ajax.

Pemain antarabangsa Georgia itu melepaskan bola untuk Raspadori, yang melepaskan rembatan jahat melepasi Remko Pasveer untuk menggandakan pendahuluan pasukan tuan rumah.

Kvaratskhelia mempunyai kemahiran yang luar biasa dan gaya larian yang banyak menggunakan shoulder feint seperti yang kerap digunakan Messi.

Sepanjang perlawanan dia telah membuatkan Calvin Bassey dalam kesusahan sepanjang malam.

Hanya melepasi tanda sejam, selepas Ajax mengurangkan separuh defisit melalui Davey Klaassen, Napoli memenangi penalti selepas bola terkena tangan Jurien Timber.

Kvaratskhelia melangkah dan melakukan sepakan penalti ke penjuru kiri atas yang tidak mungkin dapat diselamatkan mana mana penjaga gol.

Gol itu adalah gol kedua beliau dalam UCL dan ketujuh secara keseluruhan dalam semua pertandingan musim ini.

Kvaratskhelia digantikan oleh Elif Elmas ketika berbaki 15 minit, menerima tepukan gemuruh daripada penonton Stadio Diego Armando Maradona ketika dia menuju ke tempat duduk di bangku simpanan.

Peminat telah memberikan komen mereka di media sosial berkenaan dengan persembahan Kvaratskhelia dan mereka fikir dia boleh menjadi perkara besar seterusnya.

Seorang berkata: “Alangkah hebatnya pembelian budak ini untuk Napoli.”Seorang lagi mengulas: “Pemain ini sudah sangat bagus sehingga dia kini menjadi sangat menakutkan.”

Yang ketiga memuat tweet: “Kvaratskhelia membuatkan bola sepak menjadi indah sekali lagi.”

Ramai yang menjangkakan bahawa Kvicha Kvaratskhelia akan menjadi buruan kelab kelab besar selepas ini. Napoli boleh berkira kira untuk meletakkan tanda harga yang luar biasa untuk pemain tersebut.

Mungkinkah Napoli akan menerima EUR100 juta pertama daripada penjualan seorang pemain selepas ini?

Dia telah menunjukkan cara paling berkesan menjadi wide playmaker.

Ajax turut mendapat sepakan penaltiyang dijaringkan oleh Steven Bergwijn untuk menjadikannya tujuh minit terakhir yang mencemaskan buat Napoli.

Bagaimanapun, kesilapan daripada Daley Blind membolehkan Victor Osimhen menjaringkan gol dari jarak dekat dan memastikan ketiga-tiga mata dan laluan ke pusingan 16 terakhir untuk pasukan Luciano Spalletti.

Mereka kini menduduki tangga teratas Kumpulan A, dengan Liverpool di tempat kedua selepas menghancurkan Rangers 7-1.

 

Baca yang lain