Kylian Mbappe: “Keraian [Martinez]? Lantak Dia Lah”

Kylian Mbappe akhirnya bersuara tentang keraian pasukan Argentina. Di mana penjaga gol Aston Villa, Emi Martinez dilihat beberapa kali menganjingnya.

Pertamanya dalam bilik persalinan, Martinez meminta skuad Argentina diam sebentar untuk Mbappe. Seolah olah ianya majlis penghormatan kematian.

Seterusnya ketika perarakan Piala Dunia 2022 di Argentina, pemain itu kemudian membawa anak patung Mbappe dan membuat isyarat kurang sopan.

Bukan itu sahaja, di jalanan Argentina, penyokong mereka turut membuat pintu keranda Mbappe dan membakarnya.

Mbappe menjadi wira kemenangan pasukannya bertemu Strassbourg. Di mana dia menjaringkan gol kemenangan masa kecederaan menerusi sepakan penalti.

Pemenang kasut emas Piala Dunia 2022 itu kemudian ditanya tentang hubungannya dengan Messi dan keraian Emi Martinez.

Mbappe berkata: “Saya bercakap dengan Messi selepas tamat perlawanan. Dan saya mengucapkan tahniah kepadanya.”

“Keraian itu? Saya tiada masalah dengannya, saya tak akan hilang semangat untuk benda benda kecil macam tu.”

Sebelum ini pengurus PSG, Christophe Galtier tidak setuju dengan sesetengah pihak yang mengutuk Messi kerana menurut mereka kapten Argentina itu seolah olah suka melihat rakannya menganjing Mbappe.

Galtier menyatakan bahawa, Messi tiada kaitan langsung dengan perkara itu dan dia melihat Messi tidak langsung menganjing mana mana pemain.

Galtier mengesahkan bahawa Mbappe dan Messi baik baik sahaja. Messi masih diberikan cuti khas lebih lama selepas kejayaan Piala Dunia 2022.

Pemain itu akan kembali ke PSG menjelang tahun baharu.

Baca yang lain