Kylian Mbappe Masih Ada ‘Kuasa Pemilik’ Walaupun Dia Tak Nak Lanjutkan Kontrak Baharu

Laporan dari Perancis menyebut bahawa, Kylian Mbappe masih memiliki kuasa ala pemilik yang diberikan kepadanya oleh Nasser Al Kheilaifi ketika memujuk dia terus bersama PSG dan menolak Real Madrid musim lalu.

Sebelum ini L’Equipe mendedahkan bahawa Kylian Mbappe menjadi satu satunya pemain yang akan terlibat dalam perbincangan melibatkan projek sukan kelab.

Bermakna Mbappe berhak terlibat dalam perbincangan melibatkan kedudukan pengurus, jual beli pemain dan lain lain.

PSG mencipta pemain lebih besar daripada kelab iaitu Mbappe

Kuasa itu diberikan kepada Mbappe, kerana menurut PSG, Mbappe berhak bersuara kerana dia adalah teras kepada projek baharu di PSG.

Mbappe antara individu yang telah menjadi penentu kepada pemecatan Leonardo selaku Pengarah Sukan pada pra musim lalu.

Mbappe dan Leonardo dan sehaluan. Dan PSG memutuskan untuk memecat Leonardo dan menggantikannya dengan orang yang disukai Mbappe iaitu Luis Campos.

Campos adalah ketua scouting yang menemui bakat Mbappe ketika di AS Monaco.

Seterusnya Mbappe juga terlibat dalam perbincangan untuk memecat Pochettino. Dia tidak membantah tindakan kelab yang mahu memecat pengurus itu. Kerana Mbappe merasakan bahawa Pochettino tidak cukup bagus untuk membantu PSG menjulang UCL di masa akan datang.

Semua itu termaktub dalam kontrak Mbappe. Faktor penting yang menyebabkan Mbappe u turn ke PSG walaupun pada masa itu sudah dikatakan mahu ke Real Madrid.

Mbappe sebelum ini mencadangkan kelab menjual Neymar kerana dia tak gembira dengan masalah disiplin pemain itu. Agak ironi kerana beberapa tahun lalu, Neymar pernah menasihati Mbappe untuk menjadi lebih profesional kerana dia pemain berbakat.

Pada masa itu Mbappe digugurkan Tuchel daripada kesebelasan utama kerana lambat ke sesi latihan.

Namun PSG tidak dapat menjual Neymar kerana gaji pemain itu terlalu tinggi. Dan Neymar tidak mahu berpindah.

Mbappe kemudian terbuka menerima Neymar kembali ke dalam projek kelab. Mbappe kemudian pernah berebut penalti dengan Neymar. Kerana Mbappe sudah dijanjikan akan menjadi pemain utama dalam situasi yang membolehkan dia menjaringkan gol demi Ballon d’Or.

Pengurus PSG, Galtier malah tak berselindung memuji Neymar ketika pemain itu meminta kebenaran daripada Mbappe untuk melakukan penalti. Bukti bahawa Mbappe adalah sangat besar kuasanya.

Seterusnya, terdapat juga laporan menyatakan bahawa Mbappe antara yang tidak suka dengan pengaruh terlalu ramai pemain Argentina di dalam pasukan PSG. Kerana dia risau pemain pemain ini akan membuatkan Messi lebih berkuasa daripadanya di bilik persalinan.

Itu menyebabkan PSG tidak menyambung kontrak Di Maria dan menjual Paredes serta Icardi pada musim lalu.

Mbappe kini menerima gaji sangat lumayan. Bonus tandatangan kontrak sahaja Mbappe sudah mendapat €300 juta. Sebagai perbandingan, PSG membayar Barcelona €212 juta untuk mendapatkan Neymar.

Selain itu Mbappe menerima gaji €100 juta semusim di PSG. Tawaran itu sama dengan yang ditawarkan Real Madrid. Namun bonus tandatangan itu adalah gila. PSG bergelut untuk menawarkan gaji lebih besar kerana FFP. Jadi diorang bagilah bonus besar.

Mbappe berkuasa ke atas klausa kontrak lanjutan Mbappe

Satu lagi klausa gila adalah kontrak lanjutan khas. Mbappe ada kontrak 2 tahun secara tetap dan tahun ketiga adalah pilihan atau optional.

Sebelum ini PSG mengumumkan pemain itu kekal untuk 3 tahun lagi sampai 2025. Sebenarnya Mbappe tertakluk kepada kontrak tetap sehingga 2024 dan setahun tu adalah pilihan.

Biasanya kontrak ini hanya akan dilanjutkan jika pemain dan kelab setuju untuk melanjutkannya. Dan kata akhir dalam kontrak adalah kelab.

Bermakna, klausa itu tak akan teraktif jika hanya pemain yang mahu tetapi kelab tak setuju.

Tetapi dalam kes Mbappe, klausa lanjutan itu adalah dia sendiri yang boleh aktifkan. Dalam erti kata lain, Mbappe akan berunding dengan Mbappe, dan Mbappe yang akan meluluskannya. Ianya bergantung kepada penilaian analisis Mbappe ke atas prestasi Mbappe sendir.

Mbappe berperanan menjadi wakil kelab. Seperti mana yang termaktub pada bidang kuasanya dalam kontrak yang membenarkannya bersuara dalam menentukan pemain mana dia mahu kelab lanjutkan kontrak, tandatangani, atau jual.

Jadi, Mbappe kini sedang mempertimbangkan sama ada Mbappe layak untuk menerima kontrak tahun ketiga di PSG yang pastinya menjanjikan kenaikan gaji.

Namun begitu Mbappe harus ingat bahawa Mbappe [sebagai pemain] pun boleh menolak kontrak lanjutan setahun itu walaupun Mbappe [wakil kelab] mahukannya kekal.

Dan akhirnya Mbappe mengumumkan dia menolak lanjutan kontrak baharu itu. Membuatkan PSG sangat bengang. Jika dia melanjutkan kontraknya dengan PSG sehingga 2025, dia akan mendapat keseluruhan kontrak sebanyak €605 juta untuk 3 musim.

PSG mahukan dia melanjutkan kontrak baharu sekurang kurangnya untuk 2025. Pemain itu tak mahu melakukannya.

PSG mengancam untuk menjualnya. Namun PSG tertakluk kepada kontrak di mana mereka perlu membayar Mbappe sebanyak €150 juta jika kelab menjualnya tanpa persetujuannya.

Oleh sebab itu Nasser Khelaifi menuntut Mbappe menepati janjinya bahawa dia tak akan pergi secara percuma.

Namun, jika Mbappe terus kekal di PSG musim ini, dia masih memiliki kuasa ala pemilik itu. Dia masih berhak terlibat dalam perbincangan jual beli pemain ataupun perlantikan staf kejurulatihan yang dianggap sesuai dengannya.

Mbappe juga berhak mengetahui hala tuju kelab itu di masa akan datang sama seperti lembaga pengarah yang lain. Walaupun dia sendiri sudah tak komited untuk masa depan bersama PSG lagi.

PSG baru melantik Luis Enrique sebagai pengurus baharu. Dan Mbappe dalam proses untuk mempertimbangkan kontrak dengan PSG.

Buat masa ini, dia masih belum melanjutkan kontrak itu. Bayangkan Mbappe menggunakan kuasanya untuk menjual pemain hebat PSG ke Real Madrid pada musim ini. Kemudian dia pergi ke saann asecara percuma.

Itu pasti akan menjadi kisah luar biasa.

Tetapi Mbappe pada kali ini lebih tenang dan tidak campur tangan dengan isu rekrut pemain kerana dia sudah memikirkan mahu meninggalkan PSG.