La Liga Nyahaktif Kontrak Gavi Dan Tak Layak Pakai No.6

Sebelum ini Barcelona mengumumkan Gavi sebagai pemakai no.6 selepas La Liga memberikan kebenaran untuk mendaftarkan pemain itu atas kontrak profesional.

Sebelum itu Gavi memakai jersi 30 kerana Barca dilarang mendaftarkan pemain berdasarkan penilaian FFP di liga itu.

Bermakna, walaupun sebelum ini Gavi sudah menandatangani kontrak baharu, kontrak itu tetap tidak boleh diaktifkan oleh Barca agak Gavi.

Membuatkan Barca berpotensi kehilangan pemain itu pada bila bila masa. Kerana statusnya adalah pemain akademi.

Pada Januari lalu Barcelona kemudian sangat gembira menyatakan bahawa Gavi diberikan kebenaran untuk didaftarkan.

Dia kemudian diumumkan akan memakai jersi ikonik no.6 yang signifikan dengan Xavi Hernandez.

Malangnya, beberapa bulan selepas itu, La Liga menarik semula pendaftaran Gavi. Pemain itu kini kembali didaftarkan sebagai pemain akademi. Dia tidak boleh memakai jersi no.6 yang dikhaskan kepada pemain skuad senior.

Akhirnya pemain itu kembali memakai jersi no.30 pada baki musim ini.

Barcelona terus berdepan dengan masalah beban kewangan. Kelab itu sebelum ini dilarang untuk mendaftarkan pemain baharu pada Januari.

Membuatkan Laporta bengang dengan La Liga. Kerana menurutnya, Barcelona sudah berjaya memperbaiki akaun mereka dan mengikuti piawaian ditetapkan.

Rayuan Barcelona untuk mendaftarkan Gavi sebagai pemain skuad utama ditolak oleh La Liga.

Barcelona masih perlu untuk menjana lebih banyak wang pada akhir musim ini. Mereka sudah merancang untuk menjual beberapa pemain bagi menampung pembayaran kontrak pemain mereka yang lain serta untuk membolehkan mereka mendaftarkan pemain baharu.

Gavi merupakan pemain muda sangat berbakat. Oleh sebab itu Barcelona terdesak mahu memastikan pemain itu ada kontrak profesional dengan mereka.

Jika tidak, ianya akan meletakkan Barca dalam risiko kehilangan pemain itu secara percuma. Gavi kini terpaksa menerima gaji pemain akademi kerana dia tidak boleh menerima gaji berdasarkan kontrak profesional yang dia tandatangani tempoh hari.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di