Bintang PSG, Kylian Mbappe akan menerima musang king runtuh jika dia terus kekal sehingga 2025.
Malah jika dia tidak pergi ke mana mana pada Januari ini, Mbappe turut menerima habuan lumayan apabila kontraknya memasuki tahun 2023
Mbappe sebelum ini pernah mempertimbangkan hasrat untuk meninggalkan PSG selepas kecewa dengan beberapa perkara di PSG yang tidak seperti dijanjikan kepadanya ketika PSG memujuknya untuk terus kekal bersama kelab Perancis itu.
Antara adalah isu taktikal dan pengaruh di bilik persalinan. Mbappe tidak suka beraksi sebagai no.9. Dia mahukan peranan lebih bebas sama seperti Messi dan Neymar.
Seterusnya, Mbappe juga tidak merasa bahawa dia adalah bintang paling penting dalam pasukan. Kerana pemain pemain lain lebih menghormati Lionel Messi.
Namun baru baru ini Mbappe menyatakan bahawa dia gembira di PSG. Presiden kelab, Nasser Al Khelaifi juga yakin bahawa pemain itu akan terus kekal bersama mereka.
Secara keseluruhan, La Parisien mendedahkan kontrak Mbappe adalah bernilai €630 juta jika dia kekal sehingga 2025.
Ini termasuk wang bonus tandatangan yang diberikan kepadanya sebelum ini yang bernilai ratusan juga Euro.
Dalam perjanjian semasa, Mbappe tertakluk kepada kontrak sehingga 2024 sebagai mutlak dan setahun lagi (sehingga 2025) adalah pilihan untuk dilanjutkan.
Menariknya kontrak lanjutan khas itu boleh diaktifkan sebelah pihak sahaja iaitu Mbappe.
Ianya sebahagian daripada syarat khas diberikan PSG kepada Mbappe dalam usaha mereka menghalang pemain itu ke Real Madrid sebelum ini.
La Parisien turut melaporkan bahawa kontrak Mbappe meningkat mendadak berbanding gaji sebelum ini. Pada syarat semasa gaji Mbappe adalah €6 juta sebulan, meningkat 3 kali ganda daripada sebelum ini.