“Lad’s It’s Tottenham”: Pep Talk Termasyhur Sir Alex Ferguson Menurut Kapten Legenda United

Pep talk atau kata semangat adalah perkara biasa yang dilakukan oleh jurulatih sama ada sebelum, ketika rehat separuh masa atau selepas tamat perlawanan.

Antara kepentingan pep talk ialah untuk menaikkan semangat pemain untuk mencapai objektif yang disasarkan oleh jurulatih.

Setiap jurulatih mempunyai cara tersendiri untuk menaikkan semangat dan memberi dorongan kepada pemain mereka.

Tenang Gaya Zizou

Jurulatih Real Madrid, Zinadine Zidane terkenal dengan ketenangannya ketika memberikan pep talk. Hanya cakap perkara yang perlu, straight to the point. Simple.

Laman rasmi Real Madrid pernah menyiarkan rakaman video di bilik persalinan ketika rehat separuh masa pertama perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2017 menentang Juventus. Kedudukan semasa ketika itu terikat 1-1.

Beliau membiarkan pemainnya mengumpul tenaga dan kembali fokus selama 7 minit sebelum memberikan arahan taktikal dan kata-kata semangat kepada mereka.

Tamat perlawanan, Real Madrid menang dengan keputusan 4-1.

Hairdryer Treatment Gaya Fergie

Ia bermaksud memberikan teguran dengan nada yang keras. Kadang-kala keadaan boleh menjadi tegang dan menyebabkan berlakunya sentuhan fizikal.

Perkataan hairdryer treatment amat sinonim dengan pengurus lagenda Manchester United, Sir Alex Ferguson. Beliau dikenali dengan sikap panas baran dan tegas, lebih-lebih lagi yang melibatkan displin dan persembahan buruk pemain.

Antara peristiwa terkenal yang berlaku ialah pada tahun 2003 usai tamat perlawanan Piala FA menentang Arsenal di mana United tewas. David Beckham menjadi mangsa kemarahan Ferguson.

Beliau menendang but yang kemudiannya melantun mengenai kening Beckham. Peristiwa tersebut menjadi sensasi apabila terdapat bekas jahitan berbentuk ‘x’ di kening beliau.

Pengurus berbangsa Scotland itu menyatakan dalam buku autobiografinya bahawa beliau kecewa dengan work rate bintang tersebut menjelang perpindahannya ke Real Madrid.

Pujian Roy Keane

Bekas kapten United, Roy Keane ada menyebut di dalam buku autobiografinya, The Second Half bahawa Sir Alex Ferguson memiliki skil untuk mengubah pendekatan pengurusannya mengikut keperluan pemain. Contoh terbaik yang masih diingati adalah ketika menentang Tottenham Hotspurs.

“Saya jangkakan dia akan berkata, “Tolong jangan cakap banyak mengenai Tottenham. Kita tahu semua tentang mereka. Mereka bagus tapi kita akan tetap memenanginya!”,jelas Keane.

Namun sebaliknya yang berlaku.

“Dia masuk seraya berkata, “Lad’s It’s Tottenham” (Tottenham je pon). Itu je. Sungguh bijak!”, tambah Keane.

Rekod Buruk Spurs

Ketika zaman United dibawah kendalian Ferguson, Spurs mempunyai rekod yang buruk menentang United lebih-lebih lagi ketika bertandang ke Old Trafford.

Di antara Mei 2001 dan September 2012, Spurs menentang United sebanyak 25 kali. Kalah 20 kali dan seri 5. Ya, tiada kemenangan langsung tuan-tuan.

Maka tidak pelik jika kebanyakan pemerhati bola sepak menjangkakan 3 mata mudah akan dikutip Red Devils setiap kali Spurs bertandang ke Old Trafford.

Sabtu ini, Spurs akan melayani kunjungan United di Tottenham Hotspurs Stadium jam 3.15 pagi.

Baca yang lain