Lagenda NBA, Kobe Bryant Terbunuh Dalam Nahas Helikopter

Lagenda NBA, Kobe Bryant terbunuh bersama anak perempuan dalam nahas helikopter di California.

Bryan merupakan seorang yang terkenal dalam sejarah bola keranjang Amerika Syarikat, maut dalam nahas helikopter di Calabasas, 30 batu dari barat Los Angeles.

Bryant, berusia 41 tahun merupakan salah seorang dari 9 yang berada dalam helikopter tersebut yang terhempas dan terbakar.

Kejadian berlaku pada pukul 10 pagi waktu disana. Anak sulung Bryant, Gianna yang berusia 13 tahun dilaporkan juga berada dalam kalangan mereka.

Bryant merupakan pelanggan tetap helikopter itu, sering menggunakan Sikorsky S-76 bagi melakukan perjalanan antara Newport Beach, California ke Staples Center di Los Angeles dimana tempat beliau bermain bersama LA Lakers.

Menurut saksi di kawasan kejadian, penghilatan di kawasan tersebut agak terhad kerana kabus tebal berhampiran kawasan bukit Calabasas.

Dianggap sebagai salah seorang pemain hebat dalam sejarah bola keranjang, beliau menikmati karier 20 tahun bersama LA Lakers, meraih 18 kali pemain terbaik sepanjang zaman.

Bryant juga merupakan seorang ayah kepada 4 anak, merupakan pemenang pingat emas sukan Olimpik.

Obama dan Trumph antara pemimpin tertinggi yang terus memberi respon selepas berita nahas melibatkan Bryant

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph menulis.

“Berita mengenai Kobe Bryant dan 3 yang lain terbunuh dalam nahas helikopter di California merupakan berita buruk.”

Sementara itu bekas president Barrack Obama melalui Tweeternya,

“Kobe adalah lagenda di dalam gelanggang bola keranjang. Kematian Gianna lebih menyayat hati kita sebagai seorang bapa. Vanessa dan seluruh keluarga Bryan berada dalam hari yang tidak boleh difikirkan.”

Datuk Bandar Los Angeles menulis.

“Kobe Bryant seorang individu yang memberi inspirasi besar. Mengagumkan dan mengembirakan orang di mana-mana dengan kemahiran yang tiada tandingan di gelanggang bola keranjang.”

“Mengembirakan kita dengan kebijaksanaan, sebagai seorang ayah, suami, individu bijak dan kreatif. Menjadi duta melalui sukan yang digemarinya.”

Seorang lagi lagenda bola keranjang, Michael Jordan menambah.

“Saya terkejut dengan berita yang menyedihkan kehilangan Koeb’s dan Gianna. Tiada kata-kata boleh mengambarkan perasaan saya. Saya menyayangi Kobe, dia seperti adik saya.

Shaquille O’Neil juga mentweet tidak ada kata-kata yang boleh mengatakan perasaan itu.

Bryant yang juga dikenali dengan panggilan The Black Mamba, merupakan penjaring ke-4 tertinggi dalam sejarah sukan bola keranjang, yang baru sahaja dipintas oleh LeBron James pada hujung minggu lepas.

Beberapa jam sebelum kematiannya, Bryant sempat memuji pencapaian LeBron melalui Tweeter. Ia adalah Tweet terakhirnya sebelum nahas tersebut berlaku.

Bryant memenangi 5 gelaran NBA dan dinobatkan sebagai pemain paling bernilai pada tahun 2008.

Perlawanan terakhir dalam 20 tahun kariernya berlaku pada bulan April tahun 2016 yang disaksikan oleh David Beckham, Jay Z dan Jack Nicholson.

Pada perlawanan tersebut, Bryant menampilkan aksi hebat dengan menjaringkan 60 mata buat kali ke-6.

Ia hanya 1 dari beberapa penampilan hebat oleh Bryant, pada 2006 beliau pernah menjaringkan 81 mata ketika menentang Toronto Raptors.

Nama Bryant akan dimasukan ke dalam Sport’s Hall of Fame pada bulan depan.

Bryant mempunyai 4 orang anak perempuan bersama isterinya Vanessa. Mendedikasi masa persaraannya dengan membantu sukan wanita, memberi bimbingan dan mentor pemain bola keranjang.

Gianna salah seorang anak yang diasuh Bryant untuk meneruskan legasinya sebagai pemain bola keranjang

Gianna atau lebih dikenali sebagai Gigi merupakan seorang pemain bola keranjang berbakat.

Pegawai dari Transportation Safety Board akan menjalankan siasatan di atas nahas tersebut. Mereka akan memeriksa bangkai helikopter Sikorsky S-70.

“Pasukan kami akan melihat sejarah juruterbang dan mana-mana krew yang berada dalam helikopter.”

“Kami akan melihat rekod penyelengaraan helikopter. Kami akan melihat rekod pemilik dan operator helikopter.”

Seorang penduduk kawasan tersebut, Colin Storm yang berada di ruang tamu terdengar seperti pesawat terbang rendah atau helikopter.

“Ia sangat berkabus, jadi kami tidak dapat melihat apa-apa. Kemudian kami terdengar ledakan.”

Tidak lama kemudian ketika kabus mula kurang, Storm dapat melihat asap dari lereng bukit di depan rumahnya.

Berita tentang kematian Bryant amat menyedihkan seluruh Los Angeles. Bryant tidak disangkal sebagai atlet paling popular dan tokoh yang disukai masyarakat disitu.

Jadual perlawanan LA Lakers akan berlangsung pada selasa ini. Tetapi sejurus mendapat berita tentang kematiannya, beratus-ratus peminat yang berada di Staples Center berkumpul dan menatap gambar Bryant.

Ada dikalangan mereka mengalirkan air mata.

Baca yang lain

Buffon Akui Beli Diploma

Gianluigi Buffon membuat pengakuan mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan bahawa dia mengambil ‘diploma terbang’. Buffon menikmati karier bola sepak yang cemerlang dan