Lagu BTS Dipilih Iringi Final Euro 2020, ARMY Kecewa Banyak Komen Membenci

Lagu “Butter” nyanyian kumpulan Kpop popular Korea Selatan, BTS, dipilih oleh UEFA untuk dimainkan pada aksi final Piala Eropah di Stadium Wembley pada minggu terakhir Euro.

Pemilihan lagu itu dibuat melalui undian yang dibuat oleh UEFA melalui akaun rasmi mereka di Twitter.

Dalam undian itu, BTS berjaya mengalahkan lagu artis lain seperti Louis Tomlinson, Billie Eilish serta Usher. Lagu Butter dipilih oleh 46.6 peratus responden, mengalahkan lagu Louis Tomlinson – Kill My Mind dengan 43.8 peratus.

Sementara itu, “Bad Guy” Billie Eilish berada di tempat ketiga dengan 6.5 peratus undi. Sementara itu, “Yeah” milik Usher menduduki tempat keempat dengan 3.1 peratus undian sahaja.

Dilaporkan seramain 4.1 juta responden mengambil bahagian dalam undian tersebut dan memberikan mandat kepada BTS. Paling penting, ini adalah kemenangan buat ARMY yang terus agresif berkempen sebaik sahaja calon undian itu diumumkan.

Pengerusi ARMY cawangan Kedah, Afiq Rowley menyifatkan kemenangan ini adalah milik semua orang Asia. Menurut Afiq yang turut dikenali dengan nama Kim Fiq: “Kejayaan ini bukan sahaja milik ARMY, tapi kejayaan muzik Asia. Setelah bertahun tahun lamanya muzik Asia hanya dipandang sebelah mata.”

Pemilihan lagu itu membuatkan ramai tidak berpuas hati kerana menurut mereka lagu Butter tak sesuai langsung dimainkan untuk Euro 2020.

Akaun rasmi BTS diserang oleh haters dan netizen yang tidak berpuas hati.

Berikut antara komen komen maki hamun ke atas BTS termasuk melabel lagu plastik (merujuk kepada pembedahan plastik) tidak layak dimainkan di Euro.

ARMY agak bengang dengan komen komen tersebut yang dianggap cubaan membunuh karakter BTS di media sosial dengan komen kebencian.

Dipetik dari AllKpop, salah seorang ARMY berkata: “Saya tertanya tanya kalau mereka mainkan kesemua 4 lagu tu jika BTS tak menang. Kenapa mereka ekstrim dan taksub sangat sangat membenci sampai macam tu sekali.”

“Well, lagu BTS akan dimainkan di dalam kejohanan itu dan komen jelik pembenci ini akan selamanya direkod dalam sejarah.”

ARMY tersebut turut melabel mereka yang membenci BTS sebagai rasis. Dia juga menyatakan bahawa ARMY dan netizen Korea tak akan sesekali menyerang artis luar, jika ada undian seperti itu dibuat di negara mereka.

“Saya anggap kamu rasis, LoL. Plastik? Mereka ni tak membuat sebarang pembedahan plastik pun. Wow! Jika Korea ada undian macam tu. Kami tak akan menyerang artis [luar] di media sosial. Dan tak kisah la mereka benci BTS, yang pasti BTS no.1 untuk enam minggu berturut turut!”

Baca yang lain