Lagu Butter-BTS Tak Keluar TV Masa Final Euro, ARMY Tuntut Permohonan Maaf Penganjur

Sebelum ini UEFA mengadakan satu undian untuk lagu yang akan diputarkan dalam aksi final Euro 2020. Lagu “Butter” BTS telah terpilih dan memenanginya.

Pemilihan lagu itu dibuat melalui undian yang dibuat oleh UEFA melalui akaun rasmi mereka di Twitter.

Dalam undian itu, BTS berjaya mengalahkan lagu artis lain seperti Louis Tomlinson, Billie Eilish serta Usher. Lagu Butter dipilih oleh 46.6 peratus responden, mengalahkan lagu Louis Tomlinson – Kill My Mind dengan 43.8 peratus.

Sementara itu, “Bad Guy” Billie Eilish berada di tempat ketiga dengan 6.5 peratus undi. Sementara itu, “Yeah” milik Usher menduduki tempat keempat dengan 3.1 peratus undian sahaja.

Dilaporkan seramain 4.1 juta responden mengambil bahagian dalam undian tersebut dan memberikan mandat kepada BTS. Paling penting, ini adalah kemenangan buat ARMY yang terus agresif berkempen sebaik sahaja calon undian itu diumumkan.

Namun ARMY (gelaran fandom BTS) ternyata kecewa terutama sekali ARMY di cawangan Asia yang bersengkang mata 3 pagi namun tak mendengar langsung lagu BTS dimainkan.

Lantas ARMY menudh Uefa hanya menggunakan nama BTS untuk menaikkan rating tontonan mereka. Pada pandangan Army, tanpa BTS, pastinya tak ramai yang akan menonton acara Euro final ini. Mereka turut meminta penjelasan serta maaf daripada pihak Uefa.

Ada juga ARMY yang keliru dan menantikan BTS menyanyi. Sebenarnya BTS tak menyanyi tetapi lagu mereka sahaja yang diputarkan.

Dalam separuh akhir tempoh hari pun lagu Butter dan dimainkan.

ARMY menunggu sebelum sepak mula, pada rehat separuh masa dan selepas tamat perlawanan. Ternyata mereka tidak ada mendengar lagu Butter.

Seorang peminat BTS berkata: “Saya rasa yang paling penting di Euro ini ialah #BTS_Butter berkumandang di Stadium Wembley.”

Dan mereka kecewa selepas itu lalu berkata: “Sejak awal kami tahu Euro hanya mahu menaikkan ratingg menggunakan nama BTS.”

Sopi berkata: “Euro 2020, kami menuntut permohonan maaf daripada kamu, kamu mempergunakan Army untuk menaikkan rating dan seluruh peminat BTS menanti untuk mendengar lagu Butter di final Piala Euro, sekurang kurangnya kamu harus meminta maaf kerana telah mempergunakan kami untuk menarik lebih ramai audien.”

Sebenarnya lagu BTS dimainkan di Wembley dan penganjur tidak ada tertakluk kepada kontrak bahawa lagu itu harus dimainkan di tv juga untuk slot khas. Yang ada pun hanya persembahan daripada artis jemputan.

Seterusnya, ada juga yang menuduh England kalah sebab lagu Butter dimainkan. Namun ARMY mempertahankannya dengan menyatakan bahawa lagu Butter tak dimainkan pun.

Seterusnya seorang lagi ARMY mengutuk penganjur pertandingan kerana menurutnya hanya memainkan lagu Butter ketika stadium hampir kosong kerana acara sudah habis. Ketika itu ramai Army sedang mencarut di media sosial memaki hamun UEFA. Kan dah terlepas.

Michi menuduh UEFA bodoh kerana tidak menghormati lagu yang sudah dipilih dan merajai carta.

Butter merupakan lagu BTS yang sangat laku keras pada ketika ini.

Lagu ini berjaya berada di kemuncak prestasinya di carta utama. Sejak dilancarkan pada 21 Mei “Butter” melakar sejarah baru di chart Billboard Hot 100. Lagu ini menduduki tangga teratas Billboard Hot 100 selama enam minggu berturut-turut.

Seterusnya “Butter” telah memecahkan rekod yang dibuat oleh Aerosmith dengan lagu “I Don’t Wanna Miss a Thing” dalam 23 tahun lalu. Lagu Aerosmith di kemuncak carta selama empat minggu berturut-turut di Hot 100. BTS juga telah menjadi artis Asia pertama yang debut di puncak Billboard Hot 100 dan bertahan selama enam minggu.

LIRIK BUTTER [Untuk rujukan bersama]

Smooth like butter
Like a criminal undercover
Gon’ pop like trouble
Breakin’ into your heart like that (ooh)
Cool shade stunner
Yeah, I owe it all to my mother
Hot like summer
Yeah, I’m makin’ you sweat like that
Oh, when I look in the mirror
I’ll melt your heart into two
I got that superstar glow, so (ooh)
Do the boogie like
Side step, right, left to my beat (heartbeat)
High like the moon, rock with me, baby
Know that I got that heat
Let me show you ’cause talk is cheap
Side step, right, left to my beat (heartbeat)


Get it, let it roll
Smooth like butter
Pull you in like no other
Don’t need no Usher
To remind me you got it bad
Ain’t no other
That can sweep you up like a robber
Straight up, I got ya
Makin’ you fall like that
Oh, when I look in the mirror
I’ll melt…

Baca yang lain