Lalisa Paling Disayangi Peminat

Anggota kumpulan Blackpink, Lalisa Manoban / Lisa telah berjaya memenangi hati peminat di dalam Anugerah Instagram Korea pada baru baru ini.

Lisa berjaya memenangi kategori, Akaun Instagram Paling Disayangi pada tahun 2019. Lalisa memenangi anugerah itu berdasarkan tontonan Instagram Stories, komen dan tanda like pada status dan perkongsian oleh Lisa.

Ini merupakan kejayaan yang bermakna buat artis kelahiran Thailand itu. Beliau menjadi artis Kpop paling ramai pengikut pada 2018. Dan kini sudah ada 28.7 juta pengikut di IG.

Lisa benar benar terharu dan berbesar hati dengan pengiktirafan yang diterima. Beliau berkata: “Saya sangat terharu dengan pengiktirafan ini, terima kasih kerana terus menyokong saya.”

“Saya akan cuba untuk berinteraksi dengan korang [peminat] lebih kerap selepas ini, bukan sahaja peminat di Korea, malah dari luar negara juga,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Lalisa memang ahli Blackpink yang sangat popular.

Dalam satu tinjauan oleh laman portal Blackpink, Lisa paling ramai fans yang bias menyebelahinya diikuti Jisoo dan Kim Jennie, Rose.

Lisa ini unik kerana tiada darah Korea dalam diri dia. Lisa lahir di Bangkok dan menjadi anggota Blackpink paling muda.

Lisa merupakan main dancer untuk kumpulan ini. Beliau juga rapper kedua selepas Jennie.

Lisa menyertai Blackpink menerusi audition oleh YG Entertaiment di Thailand pada 2010.

Menjadi satu-satunya peserta daripada batch tersebut yang berjaya dibawa ke Korea Selatan. Ketika itu, Lisa audition dengan kumpulannya, namun selepas itu YG hanya mahukan dia seorang sahaja. Dia menyertai YG pada 2011 sama dengan Jisoo.

Sama seperti ahli yang lain, Lisa juga memiliki profil karier yang baik sebelum bergelar ahli Blackpink. Beliau pernah muncul dalam Ringa Linga bersama Taeyang.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan