Lama Kumpul Modal, Budak 11 Tahun Discam Lelaki Dengan Duit Palsu Pada Hari Pertama Perniagaannya

Seorang budak berusia 11 tahun menjadi mangsa scam duit palsu. Pelajar berusia 11 tahun itu baru memulakan perniagaan menjual air lemonade di hadapan rumahnya.

Dia telah menyimpan wang untuk membina tempat perniagaan kecil di hadapan rumahnya. Dia sanggup ikat perut ketika di sekolah dan menyimpan wang saku yang diberikan kepadanya.

Namun hari pertama perniagaannya berakhir dengan tragedi. Ini apabila dia didatangi seorang lelaki yang datang untuk membeli air.

Lelaki itu menggunakan ayat manis memuji Jeremy sebagai sorang kanak kanak yang berjiwa usahawan. Lalu lelaki itu membeli air lemonade daripadanya.

Lelaki itu memberikannya wang kertas note $100 atau sekitar RM450 sebab tak ada duit kecik. Atas tanda sokongan kepada Jeremy untuk meneruskan lagi usahanya berniaga dan lebih bermotivasi selepas ini, lelaki itu berkata dia nakkan baki $85 sahaja (RM385). Dia bayar $15 (RM68) untuk lemonade.

Jeremy tersenyum riang sebab dia mendapat untung yang banyak.

Jeremy terus memberikannya baki $85. Sebahagian besar daripada wang itu adalah daripada modal yang dia simpan selama ini.

Jeremy sudah tak sabar nak memberitahu kepada ayah dan ibunya tentang perkara itu.

Dia akhirnya mengetahui bahawa wang kertas $100 itu adalah palsu.

Sindiket duit palsu ni memang macam ni. Duit palsu tu akan jadi duit betul apabila mereka berjaya mendapatkan baki daripada peniaga.

Jeremy membuat laporan polis dan menangis kena scam. Akhirnya berita itu ditulis beberapa portal terkemuka termasuk Washington Post.

Ia mendapat perhatian netizen yang kemudian membuka tabung GoFundMe untuk Jeremy. Mereka kasihankan budak tu kena scam. Dan tak mahu dia putus asa atau putus semangat.

Tabung itu awalnya untuk mengutip sekitar $250 untuk Jeremy. Dan ianya mendapat sambutan hangat sehingga kini sudah mengumpul $23,000 atau lebih RM108k.

Jiran kepada Jeremy berkongsi kisah tentang budak tersebut. Menyatakan dia memang seorang budak baik dan rajin. Selain menjual lemonade dia juga menjual gula gula kapas di sekitar kejiranan mereka.

Nampaknya Jeremy baru sahaja menjadi usahawan yang mengumpul lebih RM108k.